Connect with us

Antarabangsa

Tentera zionis tembak Diplomat di Tebing Barat, Ahli Parlimen Perancis desak kerajaan usir Duta Israel

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • “Penjenayah perang Israel menembak ke arah diplomat, termasuk seorang warga Perancis dan Perancis hanya memanggil duta Israel,” tegas Thomas Porte, ahli parlimen pembangkang mengkritik keputusan kerajaan Perancis yang dianggap terlalu lemah.
  • “Duta Israel ke Perancis mesti diusir dan Kedutaan Israel di Paris mesti ditutup,” tambah beliau.
  • Tentera Israel dilaporkan melepaskan tembakan bertujuan mengugut delegasi diplomatik asing yang tiba di pintu masuk ke Kem Pelarian Jenin.
  • Menurut agensi berita rasmi Palestin, Wafa, delegasi tersebut merangkumi diplomat dari Mesir, Jordan, Maghribi, Kesatuan Eropah, Portugal, China, Austria, Brazil, Bulgaria, Turkiye, Sepanyol, Lithuania, Poland, Rusia, Jepun, Romania, Mexico, Sri Lanka, Kanada, India, Chile, Perancis, dan United Kingdom, bersama wakil dari beberapa negara lain.

Seorang ahli parlimen pembangkang Perancis pada hari Rabu menggesa kerajaannya untuk mengusir duta Israel dan menutup Kedutaan Israel di Paris, dengan menyatakan bahawa tindakan memanggil duta itu sahaja adalah tidak mencukupi.

Thomas Porte, ahli parti sayap kiri La France Insoumise, mengeluarkan kenyataan susulan kejadian tentera Israel melepaskan tembakan amaran yang mengancam keselamatan sekumpulan diplomat asing di pintu masuk sebuah kem pelarian di Tebing Barat pada awal hari yang sama.

“Penjenayah perang Israel menembak ke arah diplomat, termasuk seorang warga Perancis… dan Perancis hanya memanggil duta Israel,” tegas Porte mengkritik keputusan kerajaan Perancis yang dianggap terlalu lemah.

“Duta Israel ke Perancis mesti diusir dan Kedutaan Israel di Paris mesti ditutup,” tambah beliau.

Semalam, menurut seorang pegawai Palestin kepada agensi Anadolu, tentera Israel dilaporkan melepaskan tembakan bertujuan mengugut delegasi diplomatik asing yang tiba di pintu masuk ke kem pelarian Jenin.

Menurut agensi berita rasmi Palestin, Wafa, delegasi tersebut merangkumi diplomat dari Mesir, Jordan, Maghribi, Kesatuan Eropah, Portugal, China, Austria, Brazil, Bulgaria, Turkiye, Sepanyol, Lithuania, Poland, Rusia, Jepun, Romania, Mexico, Sri Lanka, Kanada, India, Chile, Perancis, dan United Kingdom, bersama wakil dari beberapa negara lain.-The Merdeka Times

Author