Connect with us

Antarabangsa

Pemilik Twitter, Elon Musk tolak pandangan pro LGBTQ

Setelah beberapa hari mendapat pemilikan Twitter, Elon Musk kini menzahirkan penolakannya kepada pandangan-pandangan yang bersifat mesra LGBTQ, beserta penolakannya terhadap beberapa perkara lain yang cenderung ke arah pemikiran kiri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemilik Twitter, Elon Musk tolak pandangan pro LGBTQ
Foto: Elon Musk.
  • Setelah beberapa hari mendapat pemilikan Twitter, Elon Musk kini menzahirkan penolakan pandangan mesra LGBTQ beserta perkara lain cenderung ke arah pemikiran kiri.
  • Musk kini diwar-warkan media pengikut konspirasi jalur kanan dan ia mengundang kebimbangan terutama dari golongan berhaluan kiri.
  • Minggu lalu, Musk balas baik ciapan anak perempuan Jordan Peterson, yang meminta penggantungan akaun bapanya di Twitter ditarik semula berikutan sebelum ini Jordan pernah menyifatkan doktor buat pembedahan penukaran jantina Elliott Page sebagai “doktor penjenayah”.
  • Sebelum memiliki Twitter, Musk pernah buat kenyataan akan jadikan Twitter sebagai medan terbuka bagi golongan anti Yahudi.

AMERIKA SYARIKAT – Setelah beberapa hari mendapat pemilikan Twitter, Elon Musk kini menzahirkan penolakannya kepada pandangan-pandangan yang bersifat mesra LGBTQ, beserta penolakannya terhadap beberapa perkara lain yang cenderung ke arah pemikiran kiri.

Sebelum ini, Clinton pernah membuat satu ciapan dalam mengutuk tindakan kumpulan Republikan dalam memberi sokongan terhadap apa yang disifatkan oleh Clinton sebagai “menyebarkan kebencian dan teori konspirasi teori yang gila”. 

“Ini adalah suatu yang mengejutkan, tapi ianya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan, dan hasilnya adalah keganasan”.

Ciapan Clinton itu adalah merujuk kepada sebuah kes di mana suami Speaker Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi telah diserang dengan tukul oleh seorang penceroboh yang di rumah beliau. Penyerang tersebut adalah seorang yang sering berkongsi pendapat beliau yang bersifat anti Yahudi, kebencian terhadap golongan pondan dan transgender dan beberapa hal lain.

Musk telah membuat ciapan balas terhadap kenyataan Clinton itu dengan menulis bahawa “apa yang berlaku itu tidaklah semudah seperti yang dilihat”, sambil berkongsi sebuah berita bertajuk “The Awful Truth: Paul Pelosi Was Drunk Again, And In a Dispute With a Male Prostitute Early Friday Morning”.

Musk kini diwar-warkan oleh media sebagai pengikut konspirasi jalur kanan dan perkara ini dikatakan mengundang kebimbangan terutamanya dari golongan yang berhaluan jalur kiri.

Pada minggu lalu, Musk juga telah membalas baik ciapan daripada anak perempuan Jordan Peterson, yang meminta penggantungan akaun bapanya di Twitter ditarik semula berikutan sebelum ini Jordan pernah menyifatkan doktor yang membuat pembedahan penukaran jantina Elliott Page sebagai “doktor penjenayah”.

Sebelum memiliki Twitter, Musk pernah membuat kenyataan bahawa beliau akan menjadikan Twitter sebagai sebuah medan terbuka bagi golongan anti Yahudi.

Sumber : Samudera.my

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *