Antarabangsa
[VIDEO] Ahli Parlimen Eropah persoal mengapa tindakan Israel ke atas Palestin tidak dianggap keganasan?
Ahli Parlimen Eropah, Mick Wallace mempersoalkan adakah negara-negara barat, Israel, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) layak digelar “penaja negara pengganas” dalam mesyuarat parlimen Kesatuan Eropah (EU) yang membincangkan perkara itu ke atas Rusia.

Dalam konteks perang Rusia dan Ukraine, Rusia digelar negara pengganas kerana menyerang negara jirannya itu
Memetik video Middle East Eye, dia berkata “Ketika Amerika Syarikat (AS) bunuh jutaan orang awam di Iraq, bukankah itu keganasan?”
“Ketika Amerika Syarikat (AS) bunuh jutaan orang awam di Iraq, bukankah itu keganasan?”
“Ketika Israel mengganas ke atas warga Palestin setiap hari, bukankah itu keganasan?”
Dia turut berkata “Ketika Perancis, Britain dan yang lain mempersenjatai Arab Saudi dan UAE untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai di Yaman, di mana menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lebih 400,000 terkorban dan 16 juta kebuluran, disebabkan pembunuhan disokong AS, Britain, Perancis dan beberapa negara Eropah, bukankah itu keganasan?”
“Bila agaknya anda mahu sedar, dan mula hidup dalam kenyataan dunia?” katanya dalam video yang tular itu.
Wallace berkata demikian pada 18 Oktober lalu di mesyuarat parlimen EU yang diadakan di ibu pejabat badan dunia itu di Strasbourg, Perancis.
Sumber: Youtube Middle East Eye