Connect with us

Terkini

Mahkamah benarkan kerajaan gantung keputusan pelarasan pencen pesara

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016 berkuat kuasa mulai Januari 2022.
  • Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi yang mewakili kerajaan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta peguam Datuk Dr Abd Shukor Ahmad mewakili pesara Aminah Ahmad.

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016 berkuat kuasa mulai Januari 2022, sementara menunggu pelupusan rayuan kerajaan di Mahkamah Rayuan.

Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi yang mewakili kerajaan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta peguam Datuk Dr Abd Shukor Ahmad mewakili pesara Aminah Ahmad.

“Setelah mempertimbangkan afidavit dan hujahan daripada kedua-dua pihak, saya dapati terdapat keadaan khas untuk membenarkan penggantungan ini. Tiada perintah mengenai kos,” kata hakim itu.

Dalam pada itu, mahkamah menolak permohonan peguam untuk menggantung keputusan berkenaan.

Kerajaan memfailkan permohonan untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi itu yang membenarkan semakan kehakiman Aminah, dan mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta kerajaan membayar tunggakan pencen dalam tempoh tiga bulan, bermula 16 Jan lepas. — BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author