Terkini
Tun Mahathir cadang pengundi dilarang bawa masuk telefon ke bilik mengundi
Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pengundi dilarang membawa masuk telefon bimbit ke bilik mengundi bagi menjaga kerahsiaan dan mengelak rasuah.

- Telefon bimbit tidak boleh dibawa masuk ke bilik mengundi bagi menjaga kerahsiaan dan mengelak rasuah. – Tun Dr Mahathir Mohamad.
- Bagi mengelak pengundi merakam gambar kertas undi yang ditanda.
- Setiap PRU banyak kelemahan tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh SPR maka penipuan dan rasuah akan berleluasa semasa pilihan raya.
- Telefon bimbit boleh menidakkan rahsia pengundi, di mana parti boleh menggunakan maklumat untuk melakukan sogokkan.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pengundi dilarang membawa masuk telefon bimbit ke bilik mengundi bagi menjaga kerahsiaan dan mengelak rasuah.
Beliau berkata pengundi boleh merakam gambar kertas undi yang ditanda calon tertentu sebagai bukti untuk kemudian mengambil rasuah.
Katanya, terdapat banyak kelemahan setiap kali pilihan raya berlangsung, namun, tiada sebarang tindakan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengekang masalah ini.
“Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti akan hulur wang.
“Jika tiada sebarang tindakan yang diambil, maka penipuan dan rasuah akan berlaku sewaktu pilihan raya nanti.
“Umpamanya telefon bimbit boleh menidakkan rahsia pengundi, di mana parti boleh menggunakan maklumat untuk melakukan sogokan,” katanya dalam kenyataan di Twitter hari ini.
SPR menetapkan 19 November ini sebagai tarikh mengundi PRU15 manakala 5 November sebagai hari penamaan calon.
Sumber: Berita Harian

You must be logged in to post a comment Login