Antarabangsa
Rusia mahu semua propaganda LGBT diharamkan
Ketua badan kawal selia media Rusia, Roskomnadzor menggesa sebarang propaganda berkaitan LGBT+ diharamkan di negara itu tanpa mengira peringkat umur.
- Ketua badan kawal selia media Rusia, Roskomnadzor menggesa sebarang propaganda berkaitan LGBT+ diharamkan di negara itu tanpa mengira peringkat umur.
- Cadangan itu diutarakan di sesi penerangan di Parlimen mengenai inisiatif yang bertujuan mengekang promosi “hubungan seksual bukan tradisional” dan pedofilia di Rusia.
- Propaganda gay ketika ini hanya dihalang apabila melibatkan kanak-kanak.
- Larangan sepenuhnya terhadap propaganda LGBT+ akan bantu Roskomnadzor untuk melindungi kedaulatan rohani dan moral di Rusia.
RUSIA – Ketua badan kawal selia media Rusia, Roskomnadzor menggesa sebarang propaganda berkaitan LGBT+ diharamkan di negara itu tanpa mengira peringkat umur.
Perkara itu dicadangkan ketika sesi penerangan di Parlimen mengenai inisiatif yang bertujuan mengekang promosi “hubungan seksual bukan tradisional” dan pedofilia di Rusia.
RT melaporkan propaganda gay ketika ini hanya dihalang apabila melibatkan kanak-kanak.
Ketua Roskomnadzor, Andrey Lipov memberitahu Ahli-ahli Parlimen pada Isnin lalu bahawa banyak bahan bacaan dewasa (18+) termasuk buku, mengandungi kandungan yang menggambarkan hubungan “bukan tradisional” dan ia masih boleh diakses kanak-kanak di bawah umur.
Beliau berkata bagi melindungi masyarakat daripada terjebak dengan promosi “hubungan seksual bukan tradisional” dan penyelewengan seksual lain, termasuk pedofilia, keganasan seksual dan lain-lain, sewajarnya pengharaman ke atas promosi itu dikenakan ke atas semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur.
Katanya, larangan sepenuhnya terhadap propaganda LGBT+ akan membantu Roskomnadzor dalam usaha melindungi kedaulatan rohani dan moral di Rusia.
Badan kawal selia media Rusia itu setakat ini menyekat dan mengalih keluar lebih 7,200 bahan material hubungan seksual songsang yang disifatkan sebagai “bom”.
Pengerusi Negeri Duma, Vyacheslav Volodin, berkata rang undang-undang itu berkemungkinan diluluskan semasa bacaan pertama yang dijangka awal minggu depan.
Pada masa sama, beliau mengharapkan undang-undang itu dapat menyelamatkan dan melindungi rakyat Rusia “daripada kegelapan yang semakin menular di dunia”.
Sumber: RT