Connect with us

Antarabangsa

Islamofobia: Separuh umat Islam di Leeds, UK “menderita dalam diam”

Hampir separuh daripada umat Islam yang menetap di Leeds merasakan mereka dilayan tidak sama rata kerana kepercayaan mereka, demikian lapor sebuah tinjauan dipetik Leeds Live.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Islamofobia: Separuh umat Islam di Leeds, UK "menderita dalam diam”
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hampir separuh daripada umat Islam menetap di Leeds merasakan mereka dilayan tidak sama rata kerana kepercayaan mereka.
  • Kumpulan minoriti termasuk Islam telah ‘hilang keyakinan’ kerana mereka merasakan suara mereka tidak didengari.
  • Ramai mangsa tempatan “menderita dalam diam” dan mengalami kebencian yang tidak dilaporkan kepada pihak polis.
  • Ia berdasarkan dapatan kajian disediakan untuk majlis perbandaran oleh Pusat Keamanan, Amanah dan Hubungan Sosial yang berpangkalan di Universiti Coventry.

UNITED KINGDOM – Hampir separuh daripada umat Islam yang menetap di Leeds merasakan mereka dilayan tidak sama rata kerana kepercayaan mereka, demikian lapor sebuah tinjauan dipetik Leeds Live.

Tinjauan terhadap 221 orang Islam di bandar itu mendapati 49 peratus tidak bersetuju dengan idea bahawa mereka “kini dilayan sebagai warganegara yang sama di Leeds”.

Laporan itu, yang mengkaji Islamofobia dan prejudis anti-Muslim di bandar itu secara terperinci, menyimpulkan ramai mangsa “menderita dalam diam”.

Ia juga mendapati dua pertiga daripada mereka yang mengalami kebencian tidak melaporkan penderaan dan serangan itu kepada polis atau mana-mana pihak berkuasa lain.

Ahli Majlis Buruh Leeds, Javaid Akhtar yang juga beragama Islam berkata, banyak kumpulan minoriti telah “hilang keyakinan” terhadap sistem itu kerana “mereka tidak merasakan suara mereka akan didengari”.

Kaunselor Akhtar berkata, “Kita perlu membina hubungan itu dan keyakinan itu supaya orang ramai boleh melaporkannya dan sekurang-kurangnya kita mempunyai pangkalan data dan rekod mengenainya”.

“Saya selalu berkata bahawa kumpulan minoriti, termasuk orang Islam, tidak mendapat peluang yang sama dalam pekerjaan atau pendidikan. Sebab mengapa ramai orang Islam bekerja sendiri adalah kerana bidang kerjaya mereka tidak begitu terbuka untuk mereka.

“Di seluruh industri secara amnya, anda perlu bekerja dua kali lebih keras daripada rakan sekerja anda dan anda perlu menjadi lebih proaktif,” katanya.

Laporan itu disediakan untuk majlis perbandaran oleh Pusat Keamanan, Amanah dan Hubungan Sosial yang berpangkalan di Universiti Coventry.

Laporan itu memberikan keterangan tanpa nama (anonymised) daripada beberapa mangsa.

Seorang wanita berkata, “saya sedang berjalan melalui Roundhay Park bersama anak-anak dan seorang lelaki menjerit supaya saya menanggalkan tudung kerana saya kini berada di Britain”.

Sumber: Leeds

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *