Connect with us

Terkini

Bajet 2023: Kerajaan tanggung kos dapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing B40

Kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing untuk golongan B40, khususnya golongan belia bermula tahun depan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bajet 2023: Kerajaan tanggung kos dapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing B40
Foto: Lesen teksi, bas dan e-hailing untuk golongan B40 akan ditanggung oleh kerajaan bermula tahun depan.
  • Kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing untuk golongan B40.
  • Kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2.
  • Skim Tekun Belia Mobilepreneur diteruskan dengan RM10 juta bagi membiayai modal anak muda dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing untuk golongan B40, khususnya golongan belia bermula tahun depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika membentangkan Bajet 2023 berkata, ia akan dilaksanakan menerusi program MyPSV yang bertujuan membantu belia B40 untuk menjana pendapatan menerusi perkhidmatan membawa penumpang.

“Kerajaan juga bersetuju untuk menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 (bagi golongan B40).

“Bagi menggalakkan belia bekerja, Skim Tekun Belia Mobilepreneur diteruskan dengan RM10 juta bagi membiayai modal anak muda yang terbabit dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal,” katanya.

Sumber: Berita Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *