Connect with us

Antarabangsa

Lelaki 30 tahun ancam keselamatan jemaah Masjid Kuraby di Brisbane

Seorang lelaki berusia 30 tahun telah didakwa oleh detektif counter terrorism selepas dia meninggalkan pesanan suara berbaur ancaman serius pada perkhidmatan telefon sebuah masjid di sebelah selatan Brisbane.

Wartawan TMT

Published

on

Lelaki 30 tahun ancam keselamatan jemaah Masjid Kuraby di Brisbane
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  •  Lelaki berusia 30 tahun didakwa menghantar pesanan suara berbaur ancaman melalui telefon kepada pihak Masjid Kuraby, Brisbane.
  • Pihak pentadbiran masjid menjadi cemas susulan menerima pesanan suara tersebut.
  • Pihak polis Queensland berjaya menangkap lelaki tersebut di rumahnya dekat Sunnybank Hills.
  • Dia diberi jaminan polis dan perlu hadir ke Mahkamah Majistret Brisbane pada akhir bulan ini.

Seorang lelaki berusia 30 tahun telah didakwa oleh detektif counter terrorism selepas dia meninggalkan pesanan suara berbaur ancaman serius pada perkhidmatan telefon sebuah masjid di sebelah selatan Brisbane.

Pihak pentadbiran masjid menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan para jemaah serta masyarakat Muslim di situ.

Menurut Ketua Eksekutif Islamic College of Brisbane, Ali Kadri, pesanan suara yang ditinggalkan di Masjid Kuraby pada Isnin itu memperincikan pelbagai bentuk ancaman sekaligus mencetuskan perasaan takut dan cemas dalam kalangan ahli pentadbiran masjid tersebut.

Jurucakap Perkhidmatan Polis Queensland berkata, seorang lelaki telah ditangkap di rumahnya dekat Sunnybank Hills sebelah selatan Brisbane pada awal pagi Selasa dan telah didakwa dengan satu pertuduhan menggunakan perkhidmatan pengangkutan untuk mengancam, mengganggu atau menyebabkan kesalahan yang melanggar Kanun Jenayah Komanwel.

Dia bagaimanapun diberi jaminan polis dan bakal hadir di Mahkamah Majistret Brisbane pada akhir bulan ini.

Polis turut mengesahkan tiada lagi ancaman susulan terhadap komuniti muslim.

Terdahulu, Masjid Kuraby pernah menjadi sasaran apabila masjid itu dibakar susulan tragedi 11 September ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada tahun 2001, dan itu menyebabkan trauma dalam kalangan masyarakat Muslim.

Sumber: ABC News

Author

Antarabangsa

Yahya Sinwar ‘keluar’ lawat kawasan, keluarga tebusan Israel selar kegagalan rejim

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar.
  • Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.
  • Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.
  • MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.
  • Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.
  • “Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.

MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.

Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.

“Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Ribuan penunjuk perasaan Israel turun ke jalanan pada Sabtu menuntut pilihan raya baharu dan menggesa kerajaan mengambil langkah selanjutnya untuk mengembalikan 133 tawanan perang yang ditahan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending