Antarabangsa
[VIDEO] Qatar larang perlakuan homoseksual buat pengunjung Piala Dunia 2022
Perlakuan homoseksual sama sekali dilarang buat semua pengunjung Piala Dunia 2022 bagi menyaksikan perlawanan itu yang bakal berlangsung di Qatar tahun ini.
- Perlakuan homoseksual antara lapan larangan yang tidak dibenarkan buat semua pengunjung Piala Dunia 2022 bagi menyaksikan perlawanan itu di Qatar.
- Qatar menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi pengunjung sebagai tanda hormat terhadap sensitiviti agama dan budaya masyarakat tempatan.
QATAR – Perlakuan homoseksual sama sekali dilarang buat semua pengunjung Piala Dunia 2022 bagi menyaksikan perlawanan itu yang bakal berlangsung di Qatar tahun ini.
Sebagai tuan rumah temasya sukan itu, Qatar menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi pengunjung sebagai tanda hormat terhadap sensitiviti agama dan budaya masyarakat Qatar.
Menurut hantaran Ramallah News yang berkongsi poster garis panduan itu di Facebook, terdapat lapan peraturan yang perlu dipatuhi pengunjung.
Antaranya adalah larangan minuman alkohol, homoseksual, tidak berkelakuan sopan, tidak boleh menggunakan perkataan kesat, tidak menghormati tempat ibadat, muzik dan bunyi yang kuat, ‘dating’ dan mengambil gambar orang tanpa kebenaran.
Qatar menjangkakan lebih sejuta peminat bola sepak akan melawat negara itu sempena Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung bermula 20 November hingga 18 Disember depan.
Sumber: Facebook