Antarabangsa
Mengapa Australia nafikan visa bekas menteri Israel?
- Menteri Dalam Negeri Australia, Tony Burke pada Ahad mempertahankan keputusannya menafikan visa bekas menteri Israel untuk datang ke Australia, menegaskan lawatan Ayelet Shaked boleh mengancam “perpaduan sosial”.
- Dalam ulasan awam pertamanya mengenai perkara itu, Burke berkata Shaked, ahli politik wanita berhaluan kanan yang meninggalkan Parlimen Israel pada 2022, tidak memohon visa bagi pihak kerajaan Israel dan merancang pergi ke Australia untuk lawatan pengucapan awam.
- “Jabatan saya telah menolak visa orang yang ingin datang ke sini dan bercakap tentang konflik jika kita fikir mereka akan menjejaskan perpaduan sosial secara serius apabila mereka berada di sini,” kata Burke dalam temubual dengan Sky News dipetik TRT World pada Ahad.
- Shaked dilaporkan berkata semua rakyat Palestin harus meninggalkan Gaza selain menyatakan bandar Khan Younis di Gaza harus dijadikan padang bola sepak.
- Dia menuduh kerajaan Australia sebagai antisemitisme selepas permohonan visanya untuk hadir ke persidangan keselamatan di Canberra dan acara lain dianjurkan Australia/Israel and Jewish Affairs Council (AIJAC), ditolak.
Menteri Dalam Negeri Australia, Tony Burke pada Ahad mempertahankan keputusannya menafikan visa bekas menteri Israel untuk datang ke Australia, menegaskan lawatan Ayelet Shaked boleh mengancam “perpaduan sosial”.
Dalam ulasan awam pertamanya mengenai perkara itu, Burke berkata Shaked, ahli politik wanita berhaluan kanan yang meninggalkan Parlimen Israel pada 2022, tidak memohon visa bagi pihak kerajaan Israel dan merancang pergi ke Australia untuk lawatan pengucapan awam.
“Jabatan saya telah menolak visa orang yang ingin datang ke sini dan bercakap tentang konflik jika kita fikir mereka akan menjejaskan perpaduan sosial secara serius apabila mereka berada di sini,” kata Burke dalam temubual dengan Sky News dipetik TRT World pada Ahad.
Shaked, bekas menteri kehakiman Israel, menuduh kerajaan Australia antisemitisme selepas visanya ditolak bulan lalu.
Dia memohon untuk hadir ke persidangan keselamatan di Canberra dan acara lain dianjurkan Australia/Israel and Jewish Affairs Council (AIJAC).
Mengulas lanjut, Burke dilaporkan berkata pihaknya tidak akan memberikan visa kepada pihak membuat kenyataan awam yang memecahbelahkan perpaduan sosial.
“Biar saya letakkan dalam istilah ini, jika seseorang datang ke sini… ingin membuat kenyataan awam dan kenyataan awam mereka sebelum ini, termasuk bahawa mereka mahu semua orang Yahudi meninggalkan Israel… saya tidak akan memberi mereka visa.
“Cik Shaked telah berkata bahawa semua rakyat Palestin harus meninggalkan Gaza,” kata Burke, merujuk kepada beberapa siri komen Shaked, termasuk wawancara tahun lalu di mana dia berkata bandar Khan Younis di Gaza harus dijadikan padang bola sepak.
Burke berkata pandangannya amat mudah iaitu Australia tidak memerlukan kehadiran individu yang merendahkan orang lain.
“Sama ada kebencian itu merendahkan orang Israel atau merendahkan orang Palestin, saya akan mempunyai pendirian tegas yang sama,” kata Menteri Dalam Negeri Australia itu. – The Merdeka Times