Connect with us

Antarabangsa

Netizen seru Stripe diboikot

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengasas bersama Stripe, Patrick Collison
  • Netizen mengecam dan menggesa Stripe, syarikat pembayaran dalam talian, diboikot selepas ketua pegawai eksekutifnya (CEO) memuji Israel di media sosial di tengah-tengah pembunuhan beramai-ramai warga Palestin oleh rejim zionis itu. 
  • Patrick Collison, pengasas bersama Stripe yang juga usahawan Ireland dengan nilai bersih $7.2 bilion, dikecam selepas memuji Israel di platform X.
  • “Senang dapat kembali ke Tel Aviv. Saya merindui larian ini,” ciap Collison sambil memuat naik foto dari Tel Aviv dipetik QNN.
  • Ciapan itu mencetuskan kemarahan ramai kerana ia dilakukan ketika rejim Israel meneruskan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
  • Netizen menggesa Stripe diboikot, menuduh Collison mengabaikan krisis hak asasi manusia di Gaza untuk mempromosikan Tel Aviv yang berdepan kutukan global.

Netizen mengecam dan menggesa Stripe, syarikat pembayaran dalam talian, diboikot selepas ketua pegawai eksekutifnya (CEO) memuji Israel di media sosial di tengah-tengah pembunuhan beramai-ramai warga Palestin oleh rejim zionis itu. 

Patrick Collison, pengasas bersama Stripe yang juga usahawan Ireland dengan nilai bersih $7.2 bilion, dikecam selepas memuji Israel di platform X.

“Senang dapat kembali ke Tel Aviv. Saya merindui larian ini,” ciap Collison sambil memuat naik foto dari Tel Aviv dipetik Quds News Network (QNN).

Ciapan itu mencetuskan kemarahan ramai kerana ia dilakukan ketika rejim Israel meneruskan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

 

Foto: Tangkap layar hantaran di platform X Patrick Collison

 

 

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) baru-baru ini mengeluarkan waran tangkap untuk pemimpin Israel Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant berhubung jenayah perang di Gaza. 

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pula memutuskan tindakan Israel di Gaza boleh dianggap sebagai pembunuhan beramai-ramai di mana ia mengarahkan Israel mematuhi Konvensyen Genosid 1948 dengan menghalang kekejaman selanjutnya.

Ramai pengkritik, termasuk pengasas teknologi Ireland dan pencipta Tech For Palestine, CircleCI dan Darklang, Paul Biggar, turut menyelar ciapan Collison.

“Sepuluh orang menghubungi saya mengenai tweet ini. Hari yang menyedihkan,” kata Biggar.

Netizen lain menunjukkan kepura-puraan Collison dengan memaparkan semula hantarannya pada 2014 yang mengutuk pengeboman Israel ke atas sekolah PBB di Gaza, di mana kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal telah mencari perlindungan. 

Netizen juga menggesa Stripe diboikot, menuduh Collison telah mengabaikan krisis hak asasi manusia di Gaza untuk mempromosikan Tel Aviv yang berdepan kutukan global.

Tindak balas itu telah mencetuskan semula perdebatan mengenai tanggungjawab pemimpin teknologi dalam menangani isu hak asasi manusia, terutamanya syarikat seperti Stripe yang bergantung kepada kepercayaan pengguna global. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *