Connect with us

Antarabangsa

Hotel Itali haramkan warga Israel

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Hotel Garni Ongaro
  • Sebuah hotel tiga bintang di utara Itali, dekat Dolomites, minggu lalu, menolak tempahan dibuat sekumpulan warga Israel dengan alasan mereka (warga Israel) “bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai” di Gaza.
  • Al Mayadeen melaporkan warga Israel yang membuat tempahan di Hotel Garni Ongaro secara online itu melalui Booking.com telah menerima mesej maklum balas berhubung tempahan mereka.
  • “Selamat pagi. Kami memaklumkan kepada anda bahawa rakyat Israel sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai tidak dialu-alukan sebagai pelanggan dalam struktur kami. Oleh itu, jika anda ingin membatalkan tempahan, anda berbesar hati untuk berbuat demikian dan kami dengan senang hati akan memberikan pembatalan percuma,” kata pesanan itu.
  • Ramai memuji hotel itu kerana memihak kepada apa yang mereka sifatkan sebagai pendirian menyokong kemanusiaan dan keadilan, menyatakan solidariti dengan keengganan hotel untuk menerima warga Israel.

Sebuah hotel tiga bintang di utara Itali, dekat Dolomites, minggu lalu, menolak tempahan dibuat sekumpulan warga Israel dengan alasan mereka (warga Israel) “bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai” di Gaza.

Tempahan dibuat melalui perkhidmatan tempahan dalam talian Booking.com yang mempromosikan hotel itu sebagai lokasi penginapan ideal untuk lawatan mendaki dan berbasikal serta bermain ski.

Al Mayadeen pada Jumaat melaporkan warga Israel yang membuat tempahan di Hotel Garni Ongaro itu telah menerima mesej maklum balas berhubung tempahan mereka.

“Selamat pagi. Kami memaklumkan kepada anda bahawa rakyat Israel sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai tidak dialu-alukan sebagai pelanggan dalam struktur kami. Oleh itu, jika anda ingin membatalkan tempahan, anda berbesar hati untuk berbuat demikian dan kami dengan senang hati akan memberikan pembatalan percuma,” kata pesanan itu.

Berita mengenai tindakan hotel itu tular dengan cepat di seluruh platform media sosial.

Al Mayadeen melaporkan pengguna media sosial memuji keputusan hotel itu, memujinya kerana mengambil pendirian yang berani.

Ramai memuji hotel itu kerana memihak kepada apa yang mereka sifatkan sebagai pendirian menyokong kemanusiaan dan keadilan, menyatakan solidariti dengan keengganan hotel untuk menerima warga Israel.

Hotel itu juga dibanjiri dengan komen dan pujian atas pendirian etikanya, dengan sesetengah pengguna melihatnya sebagai isyarat simbolik penentangan terhadap ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *