Connect with us

Antarabangsa

Israel ‘sakit kepala’ serangan dron maut Hizbullah

Serangan dron oleh Hizbullah terhadap pangkalan tentera jauh di dalam wilayah Israel menimbulkan sakit kepala besar bagi Israel walaupun ia melancarkan kempen pengeboman besar-besaran dan operasi darat terhadap Lubnan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Serangan dron oleh Hizbullah terhadap pangkalan tentera jauh di dalam wilayah Israel menimbulkan sakit kepala besar bagi Israel walaupun ia melancarkan kempen pengeboman besar-besaran dan operasi darat terhadap Lubnan.
  • Serangan pada Ahad itu juga merupakan serangan paling berdarah ke atas tentera rejim Israel di dalam wilayah negara haram itu sejak permulaan perang Oktober lalu.
  • Dron dilancarkan dari selatan Lubnan itu dikatakan mampu menembusi sistem pertahanan udara Israel tanpa dikesan sebelum mengenai pangkalan Briged Golani, terletak kira-kira 40 batu ke Israel dari sempadan Lubnan. 
  • Empat askar terbunuh dan lebih 60 cedera, dengan lapan parah, menjadikan jumlah keseluruhan 18 tentera Israel maut sejak operasi darat rejim zionis ke atas Lubnan, kira-kira dua minggu lalu.

Serangan dron oleh Hizbullah terhadap pangkalan tentera jauh di dalam wilayah Israel menimbulkan sakit kepala besar bagi Israel walaupun ia melancarkan kempen pengeboman besar-besaran dan operasi darat terhadap Lubnan.

Serangan pada Ahad itu juga merupakan serangan paling berdarah ke atas tentera rejim Israel di dalam wilayah negara haram itu sejak permulaan perang Oktober lalu.

Dron dilancarkan dari selatan Lubnan itu dikatakan mampu menembusi sistem pertahanan udara Israel tanpa dikesan sebelum mengenai pangkalan Briged Golani, terletak kira-kira 40 batu ke Israel dari sempadan Lubnan. 

Serangan dron maut itu dilaporkan berlaku sejurus selepas jam 7 malam pada waktu makan malam.

Ketika tentera Israel tidak mengeluarkan sebarang butiran mengenai tapak hentaman, gambar dari lokasi kejadian menunjukkan dron itu mengenai dewan makan pangkalan tentera itu.

Empat askar terbunuh dan lebih 60 cedera, dengan lapan parah, menjadikan jumlah keseluruhan 18 tentera Israel maut sejak operasi darat rejim zionis ke atas Lubnan, kira-kira dua minggu lalu.

Pakar keselamatan antarabangsa di Universiti Hebrew Jerusalem,  Daniel Sobelman dipetik CNN berkata, insiden serangan dron itu menunjukkan Hizbullah masih mampu menyerang.

“Ia adalah petunjuk jelas bahawa Hizbullah memperoleh semula keseimbangan strategiknya berikutan tamparan dahsyat baru-baru ini terhadap kepimpinan dan alat komando dan kawalannya,” kata Sobelman merujuk kepada pembunuhan pemimpin  Hizbullah, Syeikh Hassan Nasrallah dan pegawai atasan lain sebelum ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *