Antarabangsa
[VIDEO] Sekolah di Kanada pertahan guru transgender pakai payudara palsu ‘luar biasa besar’ dalam kelas
Sebuah sekolah menengah di Kanada mempertahankan tindakan guru lelaki transgender memakai payudara palsu ‘luar biasa besar’ ketika mengajar.
![[VIDEO] Sekolah di Kanada pertahan guru transgender pakai payudara palsu ‘luar biasa besar’ dalam kelas](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2022/09/video-sekolah-di-kanada-pertahan-guru-transgender-pakai-payudara-palsu-luar-biasa-besar-dalam-kelas.jpg)
- Kayla Lemieux, yang mengajar subjek pembuatan teknologi di Sekolah Tinggi Oakville Trafalgar di Ontario, menjadi perhatian selepas foto dan videonya yang dirakamkan pelajarnya tular di ruang maya.
- Dalam video itu, guru transgender itu dilihat memakai sehelai t-shirt yang sangat ketat hingga menyebabkan payudara tiruannya menonjol dan dipadankan dengan skirt pendek hitam paras lutut.
- Difahamkan foto dan video itu dirakamkan tanpa pengetahuan guru transgender itu yang menjalani peralihan dari lelaki kepada wanita bermula tahun lalu.
- Sekolah terbabit mengeluarkan kenyataan mempertahankan guru lelaki transgender itu berbuat demikian.
Sebuah sekolah menengah di Kanada mempertahankan tindakan guru lelaki transgender memakai payudara palsu ‘luar biasa besar’ ketika mengajar.
Kayla Lemieux, yang mengajar subjek pembuatan teknologi di Sekolah Tinggi Oakville Trafalgar di Ontario, menjadi perhatian selepas foto dan videonya yang dirakamkan pelajarnya tular di ruang maya.
Dalam video itu, guru transgender itu dilihat memakai sehelai t-shirt yang sangat ketat hingga menyebabkan payudara tiruannya menonjol dan dipadankan dengan skirt pendek hitam paras lutut.
Difahamkan foto dan video itu dirakamkan tanpa pengetahuan guru transgender itu yang menjalani peralihan dari lelaki kepada wanita bermula tahun lalu.
“Sebagai sebuah sekolah di bawah bidang kuasa Lembaga Sekolah Daerah Halton (HDSB), Sekolah Tinggi Oakville Trafalgar mengiktiraf hak pelajar, kakitangan, ibu bapa/penjaga dan ahli komuniti terhadap layanan saksama tanpa diskriminasi berdasarkan identiti jantina dan ekspresi jantina.
‘Kami berusaha untuk menggalakkan persekitaran pembelajaran yang positif di sekolah selaras dengan nilai HDSB dan memastikan persekitaran selamat dan inklusif untuk semua pelajar, kakitangan dan komuniti, tanpa mengira bangsa, umur, kebolehan, jantina, identiti jantina, ekspresi jantina, orientasi seksual, etnik, agama, pematuhan budaya, keadaan sosioekonomi atau jenis/saiz badan,” kata sekolah terbabit dalam kenyataannya kepada ibu bapa pelajar.
Ekoran penyebaran video guru transgender itu, majoriti netizen berkata imej guru itu tidak sesuai untuk sekolah.
Sebahagian menyifatkan tindakan itu sebagai ‘misogynistic’ iaitu diskirminasi ke atas wanita.
Sumber : Daily Mail
