Antarabangsa
Warga Israel ‘berdagang’ senjata, Mahkamah benarkan pihak pembelaan analisis rakaman CCTV
Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan pihak pembelaan menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kes perdagangan senjata membabitkan warga Israel, Avitan Shalom.
- Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan pihak pembelaan menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kes perdagangan senjata membabitkan warga Israel, Avitan Shalom.
- Hakim Norina Zainol Abidin dilaporkan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Jeffrey Ooi yang mewakili tertuduh, untuk berkongsi rakaman berkenaan dengan pakar bagi dianalisis.
- Berita Harian melaporkan sebelum itu Timbalan Pendakwa Raya, Rulizah Abd Majid menyerahkan salinan rakaman itu kepada pihak pembelaan dan memohon ia tidak dikongsi kepada pihak lain atau tontonan umum.
- Shalom, 38, didakwa atas dua pertuduhan pindaan memperdagang enam pucuk pistol pelbagai jenis dan memiliki 200 peluru di sebuah hotel di ibu negara pada Mac lalu.
- Bagi pertuduhan pindaan pertama, tertuduh didakwa memperdagang enam jenis pistol antara jam 6.46 petang, 26 Mac dan 6 petang, 28 Mac lalu di Hotel Four Seasons, Jalan Ampang di sini.
- Shalom dituduh mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara minimum 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sebat tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.
- Pertuduhan kedua pula adalah mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntuk hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan pihak pembelaan menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kes perdagangan senjata membabitkan warga Israel, Avitan Shalom.
Hakim Norina Zainol Abidin dilaporkan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Jeffrey Ooi yang mewakili tertuduh, untuk berkongsi rakaman berkenaan dengan pakar bagi dianalisis.
Berita Harian melaporkan sebelum itu Timbalan Pendakwa Raya, Rulizah Abd Majid menyerahkan salinan rakaman itu kepada pihak pembelaan dan memohon ia tidak dikongsi kepada pihak lain atau tontonan umum.
Norina menetapkan 30 September ini untuk sebutan semula kes itu bagi menentukan tarikh perbicaraan baharu.
Ia susulan permohonan Rulizah kerana Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam mempunyai perbicaraan kes lain.
Mahkamah pada Mei lalu menetapkan 30 September sehingga 11 Oktober depan untuk tarikh perbicaraan.
Shalom, 38, didakwa atas dua pertuduhan pindaan memperdagang enam pucuk pistol pelbagai jenis dan memiliki 200 peluru di sebuah hotel di ibu negara pada Mac lalu.
Bagi pertuduhan pindaan pertama, tertuduh didakwa memperdagang enam jenis pistol antara jam 6.46 petang, 26 Mac dan 6 petang, 28 Mac lalu di Hotel Four Seasons, Jalan Ampang di sini.
Enam pistol itu ialah Glock 19 USA 9x 19 (sebelum ini 9x 10), Sig Sauer P3205P, Cougar 8000FT, Glock 17 Gen4 Austria 9×19, M&P (sebelum ini N&P), 9C Smith & Wesson Springfield MA USA dan Stoeger Cougar 8000F (pindaan pada nombor siri).
Shalom dituduh mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara minimum 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sebat tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan pindaan kedua pula membabitkan pertambahan bilangan peluru, pada masa, tarikh dan tempat sama.
Shalom didakwa memiliki satu kotak Shell Shock NAS3 9mm mengandungi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd, yang masing-masing mengandungi 50 butir peluru, 16 butir peluru yang berada di dalam senjata api Glock 17, 11 butir peluru yang berada di dalam senjata api, M&P 9C Smith & Wesson dan 15 butir peluru dalam senjata api, Stoeger Cougar 8000F.
Pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntuk hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – The Merdeka Times