Connect with us

Terkini

Pakaian seksi ketika persembahan di tokong tidak hormat dewa – Pertubuhan Agama Tao

Pertubuhan Agama Tao Daerah Klang mencadangkan pentas persembahan melibatkan penyanyi berpakaian seksi dibangunkan membelakangi tokong sebagai tanda hormat kepada dewa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengerusi Pertubuhan Agama Tao Daerah Klang, Yang Zhong Ming.
  • Pertubuhan Agama Tao Daerah Klang mencadangkan pentas persembahan melibatkan penyanyi berpakaian seksi dibangunkan membelakangi tokong sebagai tanda hormat kepada dewa.
  • China Press melaporkan pengerusi pertubuhan itu, Yang Zhong Ming berharap pihak tokong akan membuat penyesuaian pada pentas dan susunan persembahan untuk mengelakkan tindakan penyanyi yang berpakaian terlalu mendedahkan tubuh badan yang dilihat tidak menghormati dewa.
  • “Sebenarnya, apabila kita pergi ke tokong pada hari biasa, wanita juga harus menjaga etika pakaian mereka, kerana memakai pakaian seksi ke tokong adalah tidak menghormati dewa,” kata Zhong Ming dalam Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-47 Persatuan Perayaan Yee Lan Jalan Meru, Klang pada Isnin.
  • Penganut agama Taoisme menyambut Perayaan Yee Lan (Perayaan Hantu Lapar) pada bulan ke-7 dalam kalendar Lunar, bermula 4 Ogos lalu, di mana antara aktiviti diadakan adalah persembahan nyanyian di pentas yang dibina di kawasan tokong.

Pertubuhan Agama Tao Daerah Klang mencadangkan pentas persembahan melibatkan penyanyi berpakaian seksi dibangunkan membelakangi tokong sebagai tanda hormat kepada dewa.

China Press melaporkan pengerusi pertubuhan itu, Yang Zhong Ming berharap pihak tokong akan membuat penyesuaian pada pentas dan susunan persembahan untuk mengelakkan tindakan penyanyi yang berpakaian terlalu mendedahkan tubuh badan yang dikira tidak menghormati dewa.

“Sebenarnya, apabila kita pergi ke tokong pada hari biasa, wanita juga harus menjaga etika pakaian mereka, kerana memakai pakaian seksi ke tokong adalah tidak menghormati dewa,” kata Zhong Ming dalam Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-47 Persatuan Perayaan Yee Lan Jalan Meru, Klang pada Isnin.

Beliau berkata pihak tokong boleh meminta bantuan penyelarasan daripada Pertubuhan Agama Tao Daerah Klang sekiranya berdepan sebarang masalah.

“Sering kali, apabila berlaku kejadian di tokong, kami tidak ada di tempat kejadian dan tidak tahu selok-belok kejadian, jadi kami berharap dapat memainkan peranan penyelaras dan menyelesaikan insiden berkaitan dengan memuaskan,” katanya.

Penganut agama Taoisme menyambut Perayaan Yee Lan (Perayaan Hantu Lapar) pada bulan ke-7 dalam kalendar Lunar, bermula 4 Ogos lalu, di mana antara aktiviti diadakan adalah persembahan nyanyian di pentas yang dibina di kawasan tokong. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *