Connect with us

Terkini

Upacara merisik tuhan cetus polemik

Tindakan sebuah tokong persendirian di Taiwan mengadakan upacara merisik tuhan mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat tempatan.

Adam Tan

Published

on

Foto: Tokong Yuzhi Wuxuantan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas nama Tetuan Jietai.
  • Tindakan sebuah tokong persendirian di Taiwan mengadakan upacara merisik tuhan mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat tempatan.
  • Menurut China Times, Tokong Yuzhi Wuxuantan yang terletak di Tainan, Taiwan mengadakan upacara merisik antara Tuhan Guan Gong dengan Tuhan Mazu pada 9 Jun lalu.
  • Namun, Tokong Luerhmen Tienhogong telah menghalang pihak Yuzhi Wuxuantan daripada mengadakan upacara berkenaan kerana tokong itu tidak pernah memberi kebenaran bagi mengadakan upacara itu. 

KUALA LUMPUR – Tindakan sebuah tokong persendirian di Taiwan mengadakan upacara merisik tuhan mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat tempatan.

Menurut China Times, Tokong Yuzhi Wuxuantan yang terletak di Tainan, Taiwan mengadakan upacara merisik antara Tuhan Guan Gong dengan Tuhan Mazu pada 9 Jun lalu.

Pihak Tokong Yuzhi Wuxuantan yang mewakili Tuhan Guan Gong menuju ke Tokong Luerhmen Tienhogong bagi menjalankan upacara itu.

Namun Tokong Luerhmen Tienhogong telah menghalang pihak Yuzhi Wuxuantan daripada mengadakan upacara berkenaan kerana tokong itu tidak pernah memberi kebenaran bagi mengadakan upacara itu. 

“Pihak kami telah mengadakan protes terhadap Yuzhi Wuxuantan pada 9 Jun lalu dan melantik penasihat undang-undang untuk mengumpulkan bukti dan tindakan undang-undang,” kata Tokong Luerhmen Tienhogong dalam kenyataan pada 11 Jun lalu.

Sementara itu, Tokong Yuzhi Wuxuantan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas nama Tetuan Jietai sehari kemudiannya (12 Jun 2024).

Tetuan Jietai pula menafikan pihak mereka mengeluarkan kenyataan itu dan berkata mereka tidak pernah diamanahkan oleh Tokong Yuzhi Wuxuantan dalam isu itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending