Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Anak kembar Palestin maut ketika bapa keluar ambil surat beranak

Dua bayi kembar baru dilahirkan dibunuh pada Selasa dalam serangan udara rejim zionis Israel di tengah Gaza ketika ayah mereka keluar untuk mendapatkan sijil kelahiran mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Dua bayi kembar baru dilahirkan dibunuh dalam serangan udara rejim zionis Israel di tengah Gaza (kiri) & bapa kepada dua bayi kembar, Mohammad Abu al-Qumsan (kanan).

Dua bayi kembar baru dilahirkan dibunuh pada Selasa dalam serangan udara rejim zionis Israel di tengah Gaza ketika ayah mereka keluar untuk mendapatkan sijil kelahiran mereka.

Insiden bayi kembar yang baru dilahirkan pada Sabtu di bandar Deir al-Balah disusuli serangan Israel ke atas pangsapuri mereka menghancurkan kegembiraan keluarga yang baru menyambut kelahiran bayi itu.

“Saya baru sahaja mendapatkan sijil kelahiran untuk bayi kembar saya, Aysel dan Asser.

“Mereka dilahirkan pada 10 Ogos. Saya di luar rumah (ketika kejadian), menyelesaikan urusan kertas kerja, dan kemudiannya saya menerima panggilan… Saya tidak menyangka akan kehilangan kesemua mereka,” kata bapa mereka, Mohammad Abu al-Qumsan dipetik agensi berita Anadolu pada Selasa.

Mohammad dan isterinya, Jumana Arafa, yang berpindah dari utara Gaza menyambut kelahiran bayi kembar mereka selepas melalui pembedahan caesarean yang mencabar. 

Pada awal pagi Selasa, ketika Mohammad bergegas untuk mengambil sijil kelahiran anaknya, dia menerima panggilan yang menyampaikan berita buruk bahawa serangan bom Israel telah menyasarkan apartmen didiami keluarganya.

Mohammad bergegas ke Hospital Al-Aqsa Martyrs di Deir al-Balah, di mana ketakutan terburuknya itu disahkan.

Terkulai kesedihan melihat keluarganya berkumpul di luar bilik mayat, ayah yang berduka itu menyedari bahawa isterinya dan bayi kembar mereka antara mangsa korban.

“Aysel dan Asser adalah permulaan dan pengakhiran kegembiraan saya. Kebahagiaan saya tidak lengkap, dan kini ia telah hilang,” kata bapa yang berduka itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *