Connect with us

Terkini

Tidak perlu kritik Mufti Terengganu, fahami maksud dakwah Islam – Khairuddin

Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri mengingatkan masyarakat tidak mengkritik Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron berhubung pandangannya mengenai isu keberadaan umat Islam di rumah ibadat agama lain, sebaliknya semua pihak perlu memahami maksud dakwah dalam Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
  • Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata setiap Muslim mempunyai tanggungjawab dakwah yang bermaksud mereka perlu membawa mesej Islam di mana sahaja mereka berada sama ada secara lisan atau pembawaan diri.
  • “Apabila Mufti Terengganu (Datuk Dr Mohamad Sabri Haron) menegaskan keberadaan orang Islam di rumah ibadat bukan Islam dibenarkan jika dengan tujuan dakwah ia bermaksud tanggungjawab setiap Muslim ialah membawa mesej Islam, termasuk mesej cintakan kedamaian, interaksi kemanusiaan dan sebagainya sama ada secara lisan atau secara pembawaan diri.
  • “Itulah yang dilakukan oleh para Sahabat seperti Umar bin al-Khattab (r.a) apabila masuk ke gereja ketika di Baitul Maqdis pada tahun ke 15 H membawa mesej kedamaian dan perlindungan Islam untuk orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menetap di sana di bawah payung pemerintahan Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Isnin.
  • Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan pendapat Mohamad Sabri bahawa orang Islam dibenarkan memasuki rumah ibadat agama lain dengan tujuan menyebarkan dakwah dan syariat Islam.
  • MCCBCHST berkata dakwaan Mufti Terengganu itu boleh menjejaskan kesucian tempat ibadat bukan Islam, sekali gus mewujudkan suasana permusuhan yang boleh menyebabkan keamanan terganggu.

KUALA LUMPUR — Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri mengingatkan masyarakat tidak mengkritik Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron berhubung pandangannya mengenai isu keberadaan umat Islam di rumah ibadat agama lain, sebaliknya semua pihak perlu memahami maksud dakwah dalam Islam.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata setiap Muslim mempunyai tanggungjawab dakwah yang bermaksud mereka perlu membawa mesej Islam di mana sahaja mereka berada sama ada secara lisan atau pembawaan diri.

“Apabila Mufti Terengganu menegaskan keberadaan orang Islam di rumah ibadat bukan Islam dibenarkan jika dengan tujuan dakwah ia bermaksud tanggungjawab setiap Muslim ialah membawa mesej Islam, termasuk mesej cintakan kedamaian, interaksi kemanusiaan dan sebagainya sama ada secara lisan atau secara pembawaan diri.

“Itulah yang dilakukan oleh para Sahabat seperti Umar bin al-Khattab (r.a) apabila masuk ke gereja ketika di Baitul Maqdis pada tahun ke 15H membawa mesej kedamaian dan perlindungan Islam untuk orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menetap di sana di bawah payung pemerintahan Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Isnin.

Terdahulu, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) dilaporkan tidak bersetuju dengan pendapat Mohamad Sabri bahawa orang Islam dibenarkan memasuki rumah ibadat agama lain dengan tujuan menyebarkan dakwah dan syariat Islam.

MCCBCHST berkata dakwaan Mufti Terengganu itu boleh menjejaskan kesucian tempat ibadat bukan Islam, sekali gus mewujudkan suasana permusuhan yang boleh menyebabkan keamanan terganggu.

Turut menyangkal kenyataan Mohamad Sabri, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dilaporkan berkata semua pihak perlu mengakui Malaysia adalah sebuah negara dengan kepelbagaian dan pandangan mana-mana agama tidak harus dipaksakan ke atas pihak lain.

Foto: Tangkap layar hantaran Mohd Khairuddin di Facebook.

Mohamad Sabri sebelum itu dilaporkan berkata bahawa orang Islam dibenarkan masuk ke rumah ibadat agama lain untuk menyebarkan dakwah dan syariat Islam. 

“Tidak boleh kita pergi (rumah ibadat agama lain) tanpa tujuan. Datang memperkenalkan Islam dan untuk berdakwah, dibolehkan. Bukan tujuan menyatakan Islam sama dengan agama lain,” katanya kepada Sinar Ahad pada 4 Ogos lalu.

Ia berikutan video tular memaparkan program Lawatan Harmoni Terbimbing untuk guru-guru agama dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ke Kuil Sri Maha Kaliamman di Kampung Kasipillay, Ipoh, Perak yang mencetuskan kebimbangan apabila seorang wanita daripada JAIPk menyifatkan terdapat banyak persamaan antara agama Hindu dan Islam.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata mana-mana majlis perundingan agama bukan Islam tidak perlu sensitif dengan maksud dakwah Islam yang menjadi sebahagian tanggungjawab Muslim sebagaimana disebut Mufti Terengganu itu. 

“Mana-mana majlis perundingan agama bukan Islam tidak perlu sensitif terhadap maksud dakwah Islam yang menjadi sebahagian tanggungjwab Muslim sebagaimana disebut oleh Mufti Terengganu.

“Dakwah Islam adalah seruan ke arah kedamaian manusia sejagat bukan hanya mengajak bukan Islam memeluk agama Islam,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *