Antarabangsa
Menteri Israel dihalau penduduk Dataran Tinggi Golan
Penduduk Druze yang berkabung membantah penyertaan menteri Israel dalam upacara pengebumian 12 orang terbunuh dalam serangan roket di Dataran Tinggi Golan.
- Penduduk Druze yang berkabung membantah penyertaan menteri Israel dalam upacara pengebumian 12 orang terbunuh dalam serangan roket di Dataran Tinggi Golan.
- Israel mengaitkan insiden serangan pada Sabtu di padang bola sepak di bandar Druze, Majdal Shams, dengan menyalahkan Hizbullah Lubnan, namun kumpulan itu menafikan tuduhan tersebut.
- Rakaman media Israel menunjukkan para penunjuk perasaan memprotes kehadiran menteri Israel, termasuk Menteri Kewangan Bezalel Smotrich di pengebumian itu.
- “Pergi dari sini, penjenayah. Kami tidak mahu kamu masuk Golan,” kata seorang penunjuk perasaan kepada Smotrich.
- Menteri Perlindungan Alam Sekitar Idit Silman, Menteri Ekonomi Nir Barkat dan Menteri Tenaga Eli Cohen berhadapan bantahan sama.
Penduduk Druze yang berkabung membantah penyertaan menteri Israel dalam upacara pengebumian 12 orang terbunuh dalam serangan roket di Dataran Tinggi Golan.
Israel mengaitkan insiden serangan pada Sabtu di padang bola sepak di bandar Druze, Majdal Shams, dengan menyalahkan Hizbullah Lubnan, namun kumpulan itu menafikan tuduhan tersebut.
Rakaman media Israel menunjukkan penunjuk perasaan memprotes kehadiran menteri Israel, termasuk Menteri Kewangan Bezalel Smotrich di pengebumian itu.
“Pergi dari sini, penjenayah. Kami tidak mahu kamu masuk Golan,” kata seorang penunjuk perasaan kepada Smotrich dipetik Anadolu.
Menteri Perlindungan Alam Sekitar Idit Silman, Menteri Ekonomi Nir Barkat dan Menteri Tenaga Eli Cohen berhadapan bantahan sama.
Menurut akhbar harian Israel Yedioth Ahronoth, Forum Pihak Berkuasa Druze menghantar surat kepada menteri kerajaan Israel meminta mereka tidak menghadiri pengebumian itu.
“Jangan datang. Memandangkan sensitiviti keadaan, kami minta untuk tidak menjadikan pembunuhan beramai-ramai ini acara politik. Kami menuntut pengebumian agama yang tenang mengikut adat Druze,” tulis surat itu.
Kebimbangan semakin meningkat mengenai perang besar-besaran di antara Israel dan kumpulan Hizbullah di Lubnan di tengah-tengah pertukaran serangan di antara kedua-dua pihak.
Peningkatan serangan itu berlaku dengan latar belakang serangan maut Israel ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 39,300 mangsa sejak Oktober tahun lalu. – The Merdeka Times