Terkini
Malaysia perlu tarik diri dari latihan ketenteraan RIMPAC 2024 – NGO pro-Palestin
Kerajaan Malaysia digesa menarik diri daripada menyertai latihan ketenteraan maritim antarabangsa Rim of the Pacific (RIMPAC) 2024 yang akan diadakan di sekitar Kepulauan Hawaii dari 26 Jun hingga 2 Ogos sebagai protes penyertaan tentera rejim Israel dalam latihan ketenteraan itu.
- Kerajaan Malaysia digesa menarik diri daripada menyertai latihan ketenteraan maritim antarabangsa Rim of the Pacific (RIMPAC) 2024 yang akan diadakan di sekitar Kepulauan Hawaii dari 26 Jun hingga 2 Ogos sebagai protes penyertaan tentera rejim Israel dalam latihan ketenteraan itu.
- Gesaan itu dibuat sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Palestin, termasuk gerakan Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, MAPIM, Muslim Care Malaysia dan 12 NGO lain.
- Kumpulan itu berkata Israel adalah terbukti negara penyangak, pariah dan zalim serta secara terang-terangan mengabaikan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia susulan tindakannya terhadap rakyat Palestin selama lebih 70 tahun dan pembunuhan beramai-ramai semasa di Gaza ketika ini.
- “Dunia harus berhenti memperlakukannya seperti negara biasa yang mematuhi undang-undang jika kita serius mahu menyekat kezaliman yang dilakukannya di Gaza dan Tebing Barat.
- “Oleh itu, kami mengulangi gesaan kami kepada kerajaan Malaysia untuk segera menarik diri daripada latihan ketenteraan RimPac 2024 untuk menegaskan mesej itu,” katanya dalam satu kenyataan bersama di sini pada Khamis.
- Difahamkan, KD LEKIU akan menyertai RIMPAC 2024 di Pearl Harbor, Hawaii dan bakal menyaksikan penyertaan lebih dari 30 negara dengan penglibatan 40 buah kapal, empat kapal selam dan 170 pesawat.
KUALA LUMPUR — Kerajaan Malaysia digesa menarik diri daripada menyertai latihan ketenteraan maritim antarabangsa Rim of the Pacific (RIMPAC) 2024 yang akan diadakan di sekitar Kepulauan Hawaii dari 26 Jun hingga 2 Ogos sebagai protes penyertaan tentera rejim Israel dalam latihan ketenteraan itu.
Gesaan itu dibuat sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Palestin, termasuk gerakan Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, MAPIM, Muslim Care Malaysia dan 12 NGO lain.
Kumpulan itu berkata Israel adalah terbukti negara penyangak, pariah dan zalim serta secara terang-terangan mengabaikan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia susulan tindakannya terhadap rakyat Palestin selama lebih 70 tahun dan pembunuhan beramai-ramai semasa di Gaza ketika ini.
“Penghinaan Israel terhadap undang-undang antarabangsa dan nyawa rakyat Palestin adalah fakta yang tidak dapat dinafikan serta disokong oleh bukti yang yang sangat jelas.
“Dunia harus berhenti memperlakukannya seperti negara biasa yang mematuhi undang-undang jika kita serius mahu menyekat kezaliman yang dilakukannya di Gaza dan Tebing Barat.
“Oleh itu, kami mengulangi gesaan kami kepada kerajaan Malaysia untuk segera menarik diri daripada latihan ketenteraan RimPac 2024 untuk menegaskan mesej itu,” katanya dalam satu kenyataan bersama di sini pada Khamis.
Difahamkan, KD LEKIU akan menyertai RIMPAC 2024 di Pearl Harbor, Hawaii dan bakal menyaksikan penyertaan lebih dari 30 negara dengan penglibatan 40 kapal, empat kapal selam dan 170 pesawat.
RIMPAC 2024 merupakan penglibatan ketiga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kali kedua bagi KD LEKIU yang menyertainya buat kali pertama pada 2018 dan diteruskan dengan penyertaan KD LEKIR pada 2022.
Objektif eksesais kali ini adalah untuk melatih keupayaan gabungan pasukan RIMPAC dalam persekitaran maritim dinamik bagi menunjukkan kesalingoperasian berterusan merentasi spektrum penuh operasi ketenteraan. – The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/