Connect with us

Antarabangsa

Israel mahu kebulurkan, paksa penduduk keluar dari Gaza – Pengarah NGO

Matlamat Israel adalah untuk mengeluarkan penduduk Palestin dari Gaza dengan kebuluran, kata Pengarah NGO Palestin, Muhammad Eida.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Matlamat Israel adalah untuk mengeluarkan penduduk Palestin dari Gaza dengan kebuluran, kata Pengarah NGO Palestin, Muhammad Eida.
  • Muhammad berkata demikian ketika membincangkan isu kekurangan perkhidmatan kesihatan dan pengisytiharan wilayah Gaza sebagai zon dilanda kebuluran.
  • Beliau mengeluarkan kenyataan “mesej SOS untuk mengisytiharkan wilayah Gaza sebagai zon dilanda kebuluran ketika perang genosid Israel memasuki bulan yang kelapan,” lapor Al Jazeera
  • Muhammad berkata rakyat Palestin di Gaza mengalami kebuluran, kekurangan bekalan perubatan, kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak, dehidrasi dan penyakit akibat pencemaran dan pencemaran disebabkan limpahan air kumbahan.
  • “Banyak mayat masih terperangkap di bawah runtuhan,” katanya menambah jenazah lain “masih berselerak di jalan raya.”
  • “Adalah matlamat Israel untuk membuat penduduk kelaparan untuk memaksa mereka keluar dari wilayah Gaza,” kata Muhammad dipetik Al Jazeera.

Matlamat Israel adalah untuk mengeluarkan penduduk Palestin dari Gaza dengan kebuluran, kata Pengarah NGO Palestin, Muhammad Eida.

Muhammad berkata demikian ketika membincangkan isu kekurangan perkhidmatan kesihatan dan pengisytiharan wilayah Gaza sebagai zon dilanda kebuluran.

Beliau mengeluarkan kenyataan “mesej SOS untuk mengisytiharkan wilayah Gaza sebagai zon dilanda kebuluran ketika perang genosid Israel memasuki bulan yang kelapan”.

Muhammad berkata rakyat Palestin di Gaza mengalami kebuluran, kekurangan bekalan perubatan, kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak, dehidrasi dan penyakit akibat pencemaran dan pencemaran disebabkan limpahan air kumbahan.

“Banyak mayat masih terperangkap di bawah runtuhan,” katanya menambah jenazah lain “masih berselerak di jalan raya.

“Adalah matlamat Israel untuk membuat penduduk kelaparan untuk memaksa mereka keluar dari wilayah Gaza,” kata Muhammad dipetik Al Jazeera.

Menurut Artikel 14 protokol tambahan kedua Konvensyen Geneva Keempat 1977 adalah menyalahi undang-undang untuk menyebabkan penduduk awam kelaparan sebagai tindakan pencerobohan, katanya.

Muhammad berkata menyasarkan atau memusnahkan harta benda atau keperluan asas kehidupan yang lain juga dilarang. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

800 pegawai kanan tentera Israel letak jawatan

Lebih 800 pegawai kanan tentera Israel berpangkat kolonel dan leftenan kolonel bertindak meletak jawatan pada tahun ini, lapor MEMO memetik media tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 800 pegawai kanan tentera Israel berpangkat kolonel dan leftenan kolonel bertindak meletak jawatan tahun ini, lapor MEMO memetik media tempatan.
  • Jumlah mereka yang terlibat dikatakan satu jumlah yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah ketenteraan Israel.
  • Menurut laporan, peletakan jawatan itu dipengaruhi situasi kompleks merangkumi keselamatan dalaman dan ketegangan politik selain tekanan meningkat ke atas tentera Israel dalam menangani medan pertempuran sukar melibatkan beberapa zon konflik.
  • Media memetik sumber tentera berkata peletakan jawatan itu satu cabaran besar bagi tentera rejim.
  • Ini adalah kerana kehilangan sejumlah besar pegawai berpangkat tinggi boleh menjejaskan kecekapan dan kesediaan menghadapi cabaran keselamatan masa depan.

Lebih 800 pegawai kanan tentera Israel berpangkat kolonel dan leftenan kolonel bertindak meletak jawatan pada tahun ini, lapor MEMO memetik media tempatan.

Jumlah mereka yang terlibat dikatakan satu jumlah yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah ketenteraan Israel.

Menurut laporan, peletakan jawatan itu dipengaruhi situasi kompleks merangkumi keselamatan dalaman dan ketegangan politik selain tekanan meningkat ke atas tentera Israel dalam menangani medan pertempuran sukar melibatkan beberapa zon konflik.

Media memetik sumber tentera berkata peletakan jawatan itu satu cabaran besar bagi tentera rejim.

Ini adalah kerana kehilangan sejumlah besar pegawai berpangkat tinggi boleh menjejaskan kecekapan dan kesediaan menghadapi cabaran keselamatan masa depan.

Tentera Israel kini sedang berusaha menangani krisis itu dengan mengukuhkan program latihan dan sokongan psikologi untuk pegawai. 

Polisi dalaman pula sedang disemak untuk menambah baik keadaan perkhidmatan dan menarik minat lebih ramai calon. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending