Terkini
(VIDEO) Isu ‘politik bodoh’ tiada kaitan Perkara 153, Menteri Kesihatan & KPT selesai segera isu ‘Parallel Pathway’ ! – KJ
Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).
- Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).
- Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.
- KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
- “So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .
- “UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya,” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.
- Media sebelum ini melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).
- Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR — Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.
KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
“So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .
“UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya.
“We want to settle a very specific problem so menteri kesihatan, menteri pengajian tinggi, ketua pengarah kesihatan this problem has gone on long enough (masalah ini telah berlarutan cukup lama) dan dia dah menjadi masalah percakapan dan juga perdebatan yang bodoh yang sekarang ini melibatkan benda yang sepatutnya tak dilibatkan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan sebagainya.
“Selesaikanlah isu ini, I mean you are the ministers, you are the director general of health for god’s sake, get it done, (Maksud saya, anda adalah menteri, anda adalah ketua pengarah kesihatan demi tuhan, selesaikan isu ini),” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.
Portal berita kesihatan CodeBlue pada April lalu melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).
Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Memetik laporan Malaysiakini, difahamkan pada 20 Mac lalu terdapat empat graduan yang menjalankan program latihan ijazah lanjutan kepakaran bersama Royal College of Surgeons Edinburgh dalam pembedahan kardiotoraks memfailkan permohonan semakan kehakiman bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ia adalah untuk mencabar keputusan MMC yang menolak permohonan graduan terbabit pada 21 Disember lalu untuk berdaftar di Pendaftaran Pakar Kebangsaan (NSR).
MMC dikatakan menolak pendaftaran mereka kerana kelulusan Persekutuan Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dalam Pembedahan Kardiotoraks (FRCS Ed) tidak diiktiraf. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
View this post on Instagram