Antarabangsa
Presiden Iran, Ebrahim Raisi maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan maut selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di barat laut Iran pada Ahad.

- Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan maut selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di barat laut Iran pada Ahad.
- Turut dilaporkan terkorban Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian.
- Pasukan mencari dan menyelamat yang tiba di lokasi helikopter terbabit terhempas tidak menemui penumpang selamat, demikian menurut agensi berita Iran, IRINN dan Mehr News dipetik CNN.
- Agensi berita Reuters melaporkan seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan helikopter yang hilang itu ditemui ‘terbakar sepenuhnya’.
- Helikopter membawa Presiden dan Menteri Luar Iran itu dilaporkan terpaksa melakukan ‘pendaratan kecemasan’ di kawasan pergunungan di barat laut Iran di Azerbaijan Timur ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev pada Ahad.
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan maut selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di barat laut Iran pada Ahad.
Turut dilaporkan terkorban Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian.
Pasukan mencari dan menyelamat yang tiba di lokasi helikopter terbabit terhempas tidak menemui penumpang selamat, demikian menurut agensi berita Iran, IRINN dan Mehr News dipetik CNN.
Agensi berita Reuters melaporkan seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan helikopter yang hilang itu ditemui ‘terbakar sepenuhnya’.
Laporan awal daripada pasukan mencari dan menyelamat menunjukkan semua penumpang helikopter itu, termasuk Raisi dan Hossein Amir-Abdollahian, maut dalam nahas itu.
Terdahulu, helikopter membawa Presiden dan Menteri Luar Iran itu dilaporkan terpaksa melakukan ‘pendaratan kecemasan’ di kawasan pergunungan di barat laut Iran di Azerbaijan Timur.
Media juga melaporkan keadaan kabus tebal dan kawasan sukar diakses menyulitkan usaha mencari dan menyelamat mangsa nahas.
Insiden berlaku pada Ahad di Hutan Dizmar antara bandar Varzaqan dan Jolfa di wilayah Azerbaijan Timur ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev. – The Merdeka Times
