Connect with us

Terkini

Akaun 3 KWSP sedang dimuktamadkan, perincian dijangka umum sebelum hujung April

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memuktamadkan mekanisme Penstrukturan Semula Akaun yang melibatkan pengenalan Akaun Fleksibel ataupun “Akaun 3”. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memuktamadkan mekanisme Penstrukturan Semula Akaun yang melibatkan pengenalan Akaun Fleksibel ataupun “Akaun 3”. 
  • Perkara itu dimaklumkan KWSP menerusi ruangan komen di Facebook rasminya semasa merespon kepada beberapa netizen yang bertanyakan perkembangan Akaun 3 di mana sebelum ini media melaporkan perincian inisiatif berkenaan dijangka diumumkan bulan April.
  • “KWSP berada atas garis masa yang ditetapkan dan akan mengumumkan perincian inisiatif penstrukturan semula akaun sebelum hujung April 2024. 
  • “Ahli dinasihatkan untuk merujuk maklumat rasmi daripada KWSP berhubung inisiatif ini dari semasa ke semasa,” kata KWSP di ruangan komen Facebook baru-baru ini.

KUALA LUMPUR — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memuktamadkan mekanisme Penstrukturan Semula Akaun yang melibatkan pengenalan Akaun Fleksibel ataupun “Akaun 3”. 

Perkara itu dimaklumkan KWSP menerusi ruangan komen di Facebook rasminya semasa merespon kepada beberapa netizen yang bertanyakan perkembangan Akaun 3 di mana sebelum ini media melaporkan perincian inisiatif berkenaan dijangka diumumkan bulan April.

“KWSP berada atas garis masa yang ditetapkan dan akan mengumumkan perincian inisiatif penstrukturan semula akaun sebelum hujung April 2024. 

“Ahli dinasihatkan untuk merujuk maklumat rasmi daripada KWSP berhubung inisiatif ini dari semasa ke semasa,” kata KWSP di ruangan komen Facebook baru-baru ini.

Foto: Tangkap layar ruangan komen Facebook KWSP.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada 29 Februari lalu dilaporkan sebagai berkata KWSP dijangka mengumumkan inisiatif Akaun 3 pada April yang merangkumi mekanisme dan kelonggaran pengeluaran kepada pencarum.

Pada 20 November 2023, Timbalan Menteri Kewangan ketika itu berkata Akaun 3 berkenaan hanya akan dikeluarkan pada waktu kecemasan sahaja dan mempunyai peratusan tertentu di mana bentuk kecemasan akan diperincikan kelak.

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia adalah salah satu langkah kerajaan dalam mendengar keluhan rakyat selepas banyak desakan supaya dilaksanakan sekali lagi pengeluaran khas seperti dilaksanakan ketika pandemik COVID-19.

Pada 2022, media melaporkan RM155 bilion simpanan ahli KWSP dikeluarkan menerusi pelaksanaan empat fasiliti pengeluaran berkaitan Covid-19.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata ia terdiri daripada RM145 bilion amaun dikeluarkan ahli di bawah keempat-empat program pengeluaran dan hampir RM10 billion impak daripada program pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja.

“Tahap simpanan ahli KWSP adalah rendah dan sangat membimbangkan terutamanya setelah perlaksanaan empat fasiliti pengeluaran berkaitan Covid-19 iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra serta Pengeluaran Khas; dan pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja bagi tempoh 27 bulan (April 2020 sehingga Jun 2022),” katanya dipetik media tempatan pada sesi soal jawab di Dewan Negara. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *