Connect with us

Antarabangsa

Belajar universiti percuma jika pendapatan keluarga kurang AS$100,000 setahun

Pelajar-pelajar ijazah pertama yang datang daripada keluarga berpendapatan kurang daripada AS$100,000 (RM449,800) setahun dibenarkan untuk belajar di Universiti Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) mulai tahun depan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Belajar universiti percuma jika pendapatan keluarga kurang AS$100,000 setahun
Foto: Universiti Princeton.
  • Pelajar ijazah pertama daripada keluarga berpendapatan bawah AS$100,000 dibenar untuk belajar di Universiti Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat.
  • Pelajar tidak perlu membayar sebarang bayaran malah akan diberikan bantuan kewangan sebanyak AS$4,050 setiap tahun untuk membeli buku dan belanja peribadi.
  • Lebih 1,500 pelajar atau 25 peratus pelajar universiti tersebut akan mendapat peluang pendidikan percuma pada tahun depan.
  • Sebelum ini hanya pelajar dari keluarga berpendapatan kurang AS$65,000 yang layak mendapat bantuan kewangan penuh.
  • Isteri bekas Presiden AS, Michell Obama dan billionair Amazon Jeff Bezon pernah belajar di universiti itu.

NEWARK – Pelajar-pelajar ijazah pertama yang datang daripada keluarga berpendapatan kurang daripada AS$100,000 (RM449,800) setahun dibenarkan untuk belajar di Universiti Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) mulai tahun depan.

Pengumuman tentang perkara itu diumumkan oleh pihak pengurusan universiti tersebut pada minggu lalu.

Pelajar-pelajar tersebut tidak perlu membayar sebarang bayaran termasuk kos bilik penginapan di universiti tersebut.

Sebaliknya, mereka akan diberikan bantuan kewangan sebanyak AS$4,050 (RM18,216) pada setiap tahun untuk pembelian buku dan perbelanjaan peribadi.

Lebih daripada 1,500 pelajar atau 25 peratus daripada pelajar universiti itu dijangka mendapat peluang pendidikan percuma tersebut.

Sebelum ini, hanya pelajar-pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan kurang daripada AS$65,000 (RM292,370) setahun mendapat bantuan kewangan penuh.

“Salah satu nilai Princeton ialah komitmen kami untuk memastikan pelajar-pelajar berbakat dari semua latar belakang bukan sahaja mampu mendapatkan pendidikan tetapi boleh berkembang di kampus kami dan di dunia di luarnya,” kata Christopher L. Eisgruber iaitu Presiden Universiti Princeton dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Michelle Obama iaitu isteri bekas Presiden AS, Barack Obama dan bilionair Jeff Bezos pernah belajar di universiti itu. 

Sumber : Sinar Harian

 

Author