Connect with us

Terkini

Iktiraf semua peruntukan CEDAW bercanggah dengan nilai agama dan norma kehidupan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) perlu meneliti dan mengkaji implikasi dari tindakan mengiktiraf semua peruntukan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) ke atas syariah Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pesuruhjaya SUHAKAM, Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal (kiri) & Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar (kanan).
  • Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) perlu meneliti dan mengkaji implikasi dari tindakan mengiktiraf semua peruntukan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) ke atas syariah Islam.
  • Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata demikian berikutan terkejut dengan kenyataan rasmi Pesuruhjaya SUHAKAM, Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal bahawa SUHAKAM menyeru Malaysia menarik semula semua reservasi yang dibuat ke atas artikel-artikel CEDAW. 
  • Beliau berkata terdapat beberapa artikel di dalam CEDAW yang menjadi isu kerana ia dianggap anti-keluarga, bercanggah nilai budaya dan agama serta memberi kebebasan penuh hak asasi manusia, termasuk melanggar norma kehidupan seperti LGBT.
  • Katanya, Malaysia masih tidak menerima atau reservasi ke atas artikel CEDAW 16 subseksyen (1) (a), (c), (f) dan (g), di mana ia dikekalkan kerana bertentangan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan undang-undang Islam. 
  • “Tidak wajar juga, hanya kerana forum ini dianjurkan UN, British High Commission, Embassy of Brazil, Delegation of EU dan NCWO, maka ucaptama SUHAKAM harus berkiblatkan “worldview” mereka, sedangkan nilai-nilai Islam itu amat cantik dan tidak sesekali menzalimi siapapun,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) perlu meneliti dan mengkaji implikasi dari tindakan mengiktiraf semua peruntukan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) ke atas syariah Islam.

Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata demikian berikutan terkejut dengan kenyataan rasmi Pesuruhjaya SUHAKAM, Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal bahawa SUHAKAM menyeru Malaysia menarik semula semua reservasi yang dibuat ke atas artikel-artikel CEDAW. 

Menurut Dr Rafidah, CEDAW adalah sebuah deklarasi antarabangsa yang melihat diskriminasi dan kesamarataan dari sudut pandang Barat.

Foto : Tangkap layar hantaran SUHAKAM berkenaan CEDAW di FB.

Beliau berkata terdapat beberapa artikel di dalam CEDAW yang menjadi isu kerana ia dianggap anti-keluarga, bercanggah nilai budaya dan agama serta memberi kebebasan penuh hak asasi manusia, termasuk melanggar norma kehidupan seperti LGBT.

Katanya, Malaysia masih tidak menerima atau reservasi ke atas artikel CEDAW 16 subseksyen (1) (a), (c), (f) dan (g), di mana ia dikekalkan kerana bertentangan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan undang-undang Islam. 

“Adalah amat mengelirukan apabila Ybhg Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal bersetuju sama seperti NGO feminis sedangkan beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah IKIM, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Ahli Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS), badan-badan yang berasosiasi dengan agama Islam.

“Sewajarnya afiliasi Prof Aziah yang luas dengan agensi-agensi Islam inilah yang mencorakkan SUHAKAM agar selari dengan Perlembagaan Persekutuan, bukan sebaliknya.

“Tidak wajar juga, hanya kerana forum ini dianjurkan UN, British High Commission, Embassy of Brazil, Delegation of EU dan NCWO, maka ucaptama SUHAKAM harus berkiblatkan “worldview” mereka, sedangkan nilai-nilai Islam itu amat cantik dan tidak sesekali menzalimi siapapun,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Dr Rafidah berkenaan kesan subseksyen artikel 16 CEDAW ditarik balik.

Dr Rafidah yang juga Pengerusi Bersama MACSA berkata menganggap setiap deklarasi dan konvensyen antarabangsa itu perlu diterima sepenuhnya tanpa pemikiran kritis adalah satu bentuk kolonialisasi baru.

Beliau berkata kita tidak perlu penjajahan fizikal, namun cukup dengan penjajahan pemikiran yang boleh merosakkan nilai kekeluargaan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Timur di Malaysia, umumnya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *