Terkini
Isu stoking kalimah Allah: “Isu ini tidak boleh dipandang remeh”, Ambil tindakan tegas – TMJ
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas berhubung isu kalimah Allah dan memastikan isu itu tidak akan berulang lagi.

- Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas berhubung isu kalimah Allah dan memastikan isu itu tidak akan berulang lagi.
- Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Instagram rasmi Tunku Ismail yang juga pemangku Sultan Johor di platform media sosial rasminya.
- “II.IV.IV.III.IV Kalimah ALLAH adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.
- “Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.
- “Isu ini tidak boleh dipandang remeh. Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu-gugat keharmonian negara,” titah baginda hari ini.
KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas berhubung isu kalimah Allah dan memastikan isu itu tidak akan berulang lagi.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Instagram rasmi Tunku Ismail yang juga pemangku Sultan Johor di platform media sosial rasminya.
TMJ menegaskan isu itu tidak boleh dipandang remeh.
“II.IV.IV.III.IV Kalimah ALLAH adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.
“Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.
“Isu ini tidak boleh dipandang remeh. Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu-gugat keharmonian negara,” titah baginda hari ini.
Terdahulu, pengendali kedai rangkaian serbaneka, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) pada 14 Mac lalu, dilaporkan memohon maaf susulan video tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.
KK Super Mart berkata produk itu merupakan ‘consignment’ daripada vendor dan pihaknya sudah berhubung dengan vendor tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Insiden kontroversi itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam hinggakan terdapat gesaan supaya kedai serbaneka terbabit diboikot dan ia semakin hangat apabila ada individu membuat komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah, termasuk seorang lelaki menyindir reaksi Muslim yang dilihat terlalu ‘sensitif’ dengan isu berkenaan. – The Merdeka Times
