Terkini
(VIDEO) Isu stoking: Lelaki komen berbaur hina kalimah Allah ditangkap Polis Sabah
Seorang lelaki di Sabah yang dipercayai membuat komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah di Facebook pada Sabtu, ditangkap Polis Sabah, semalam.

Seorang lelaki di Sabah yang dipercayai membuat komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah di Facebook pada Sabtu, ditangkap Polis Sabah, semalam.
Lelaki menggunakan akaun Facebook (FB) atas nama Ricky Shane CA dilaporkan memuat naik komen berkenaan di pautan berita dalam talian New Straits Times (NST) berkenaan stoking tertera kalimah Allah.
Hantaran komen menyentuh sensitiviti masyarakat Islam itu menyebabkan rata-rata warga maya mengecam tindakannya.
Manakala mereka yang mengetahui identitinya dilihat menunggu dan mengepung hampir enam jam di luar kondominium tempat tinggal lelaki itu sebelum dia dibawa ke balai polis berdekatan oleh pihak berkuasa pada Ahad.
“Allah d tapak kaki pun satu isu 🤣🤣🤣🤣 mentality sampah…,” demikian komen lelaki itu di FB yang menimbulkan kemarahan ramai.
Lelaki itu meninggalkan komen tersebut selepas mengulas isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di beberapa kedai rangkaian serbaneka KK Supermart & Superstore Sdn Bhd.
Menerusi hantaran lain di media sosial tidak lama selepas hantaran pertamanya, lelaki itu memuat naik permohonan maaf kepada umat Islam atas komen ditulisnya.
Beliau turut mengakui dirinya mualaf yang baru dua tahun memeluk Islam dan banyak masih perlu dipelajarinya berkaitan agama itu.
Buletin TV3 melaporkan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
Katanya, lelaki itu sudah dipanggil ke balai polis untuk pertanyaan awal dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998. – The Merdeka Times
View this post on Instagram
