Connect with us

Terkini

Isu stoking: Lelaki mohon maaf sindir Muslim terlalu ‘sensitif’ dengan kalimah Allah

Seorang lelaki membuat permohonan maaf di Facebook (FB) kerana memuat naik status seakan-akan menyindir reaksi Muslim yang dilihat terlalu ‘sensitif’ dalam insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah Allah di sebuah premis kedai serbaneka baru-baru ini.

Avatar

Published

on

Foto: Individu yang memuat naik status seakan-akan menyindir reaksi Muslim yang dilihat terlalu ‘sensitif’ dalam insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah Allah.
  • Seorang lelaki membuat permohonan maaf di Facebook (FB) kerana memuat naik status seakan-akan menyindir reaksi Muslim yang dilihat terlalu ‘sensitif’ dalam insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah Allah di sebuah premis kedai serbaneka baru-baru ini.
  • Difahamkan, Chiok Wai Loong membuat permohonan maaf menerusi satu klip video selepas ditemui pengguna FB Tok Panglima Aduka yang mencari Wai Loong di rumah ibu bapa lelaki itu susulan hantaran FB ditulis Wai Loong tular di media sosial.
  • “Saya Wai Loong meminta maaf pada semua umat Muslim dan mana-mana yang terasa hati dengan posting saya.
  • “Saya amat sedih dan menyesal perbuatan saya… Terima kasih pada Panglima Aduka dan rakan-rakan menegur saya bahawa kalimah ALLAH itu saya telah salah guna..,” ,” katanya menerusi hantaran di FB hari ini yang turut memuat naik klip video dia bersama Tok Panglima Aduka.
  • Selepas dijelaskan Tok Panglima Aduka berkenaan kepentingan kalimah Allah buat masyarakat Islam, Wai Loong berkata dia baru jelas bahawa kalimah Allah bukan sekadar ‘logo’ sebagaimana difahami sebelum ini dan penggunaannya tidak boleh dibuat main.

Seorang lelaki membuat permohonan maaf di Facebook (FB) kerana memuat naik status seakan-akan menyindir reaksi Muslim yang dilihat terlalu ‘sensitif’ dalam insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah Allah di sebuah premis kedai serbaneka baru-baru ini.

Difahamkan, Chiok Wai Loong membuat permohonan maaf menerusi satu klip video selepas ditemui pengguna FB Tok Panglima Aduka yang mencari Wai Loong di rumah ibu bapa lelaki itu susulan hantaran FB ditulis Wai Loong tular di media sosial.

“Saya Wai Loong meminta maaf pada semua umat Muslim dan mana-mana yang terasa hati dengan posting saya.

“Saya amat sedih dan menyesal perbuatan saya…Terima kasih pada Panglima Aduka dan rakan-rakan menegur saya bahawa kalimah ALLAH itu saya telah salah guna.

“Maafkan saya seluruh rakyat Malaysia ,” katanya menerusi hantaran di FB hari ini yang turut memuat naik klip video dia bersama Tok Panglima Aduka.

Foto: Tangkap Layar hantaran FB Tok Panglima Aduka.

Wai Loong sebelum ini menulis dua hantaran berbeza yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam iaitu berkenaan insiden stoking tertera tulisan kalimah Allah yang membangkitkan kemarahan orang ramai.

The Merdeka Times mendapati kedua-dua hantaran itu sudah dipadamkan di FB Wai Loong, bagaimanapun tangkap layar hantaran berkenaan tetap ‘menular’ di media sosial, terutama Facebook.

Foto: Tangkap layar hantaran Chiok Wai Loong yang dikongsikan FB Tok Panglima Aduka.

Klip video permohonan maaf Wai Loong itu juga dikongsikan Tok Panglima Aduka yang menemui lelaki itu, pagi tadi.

Wai Loong dalam video itu mengakui kesalahannya menulis hantaran sedemikian dan menjelaskan ia dibuat sebelum ini untuk berkongsikan pandangan berkenaan kontroversi isu stoking tertera kalimah Allah dan menganggap ia bukan perkara serius.

Selepas dijelaskan Tok Panglima Aduka berkenaan kepentingan kalimah Allah buat masyarakat Islam, Wai Loong berkata dia baru jelas bahawa kalimah Allah bukan sekadar ‘logo’ sebagaimana difahami sebelum ini dan penggunaannya tidak boleh dibuat main.

Sekarang ni saya mahu kasi tau sama you. Kita mahu jumpa sama you. You tanya pasal itu pasal Allah, Alif lam lam ha kan? Itu tulisan dekat stoking kan. 

“You tahu tak, itu agama nama kita punya Tuhan sangat Agung tau. Sebab bila you buat sindir-sindir letak dekat you punya stokin, letak dekat you punya apa semua itu, you letak you punya gambar rela di hina apa semua. 

“Bila kita punya Tuhan diletak di kaki itu sebenar sangat kotor cara itu, sangat-sangat bahaya, sangat sensitif. Kita ada 3R, kita terlindung dengan undang-undang. Kita masih hormat undang-undang. 

“Awak pun kena hormat undang-undang. Jadi, awak kena faham yang bahawasanya kalimah Allah itu adalah milik umat Islam dan kami semua amat menyanjung,” kata Tok Panglima Aduka dalam klip video permohonan maaf Wai Loong itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Chiok Wai Loong yang tular di FB.

Terbaharu, media melaporkan polis membuka dua kertas siasatan terhadap laporan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah ALLAH di kedai serbaneka KK Mart di Bandar Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata sebanyak 42 laporan polis diterima dari seluruh negara berkaitan isu tersebut. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending