Connect with us

Terkini

GERAKAN gesa KWSP pertimbang pemberian dividen tambahan

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempertimbangkan pemberian tambahan 0.5 peratus hingga satu peratus dividen kepada ahli dalam usaha menggalakkan mereka terus menabung dengan agensi berkenaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

GERAKAN gesa KWSP pertimbang pemberian dividen tambahan
Foto: Timbalan Presidennya, Oh Tong Keong.
  • Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempertimbangkan pemberian tambahan 0.5 peratus hingga satu peratus dividen kepada ahli dalam usaha menggalakkan mereka terus menabung dengan agensi berkenaan.
  • “Kali ini, mereka mengumumkan 5.5 peratus dividen untuk simpanan konvensional untuk 2023, peningkatan hanya 0.15 peratus.
  • “Ini paling mengecewakan. Ramai ahli KWSP berharap agensi itu akan mengumumkan dividen lebih daripada enam peratus.
  • “Justeru, bagi menggalakkan ahli menambah simpanan dan mengurangkan pengeluaran awal, kerajaan dan KWSP perlu lebih bermurah hati dalam pemberian dividen bagi menstabilkan simpanan ahli untuk masa hadapan,” katanya dipetik NST pada Rabu.

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempertimbangkan pemberian tambahan 0.5 peratus hingga satu peratus dividen kepada ahli dalam usaha menggalakkan mereka terus menabung dengan agensi berkenaan.

Timbalan Presidennya, Oh Tong Keong berkata ekonomi merosot di bawah Kerajaan Perpaduan dan beliau mendakwa kelompok pekerja, yang mengharapkan dividen lebih tinggi, kecewa dengan pengumuman dividen KWSP baru-baru ini.

Tong Keong berkata KWSP tahun lalu mengumumkan dividen 5.35 peratus untuk 2022, terendah dalam tempoh 14 tahun.

“Kali ini, mereka mengumumkan 5.5 peratus dividen untuk simpanan konvensional untuk 2023, peningkatan hanya 0.15 peratus.

“Ini paling mengecewakan. Ramai ahli KWSP berharap agensi itu akan mengumumkan dividen lebih daripada enam peratus.

“Justeru, bagi menggalakkan ahli menambah simpanan dan mengurangkan pengeluaran awal, kerajaan dan KWSP perlu lebih bermurah hati dalam pemberian dividen bagi menstabilkan simpanan ahli untuk masa hadapan,” katanya dipetik NST pada Rabu.

Tong Keong berkata lebih ramai ahli, terutama warga emas yang mencapai umur disyaratkan untuk mengeluarkan simpanan mereka, mungkin sanggup terus menyimpan di KWSP dengan menjangkakan dividen lebih tinggi berbanding agensi kewangan lain seperti simpanan tetap bank dan pelaburan dalam dana amanah.

“Dengan itu, kami berharap KWSP dapat mempertimbangkan faktor yang dibangkitkan, yang akan mempengaruhi ahli untuk terus menyimpan dalam dana.

“KWSP perlu mempertimbangkan pemberian dividen tambahan 0.5 peratus atau satu peratus kepada ahlinya jika mereka memperoleh keuntungan besar daripada pelaburan asing dan tempatan,” katanya. 

KWSP pada Ahad mengumumkan agihan dividen 2023 sebanyak 5.5 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.4 peratus untuk simpanan syariah.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata ia membabitkan agihan sejumlah RM50.3 billion bagi simpanan konvensional, manakala RM7.48 billion untuk simpanan syariah. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *