Connect with us

Terkini

Jualan Taco Bell, KFC dan Pizza Hut susut

Jualan suku tahun Yum Brands di rangkaian utamanya mencatat pertumbuhan lebih lemah menjangkau ramalan Wall Street selepas jumlah pesanan lebih rendah di KFC, Pizza Hut dan Taco Bell di tengah-tengah persekitaran perbelanjaan yang tidak menentu di Amerika Syarikat (AS).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.

Jualan suku tahun Yum Brands di rangkaian utamanya mencatat pertumbuhan lebih lemah menjangkau ramalan Wall Street selepas jumlah pesanan lebih rendah di KFC, Pizza Hut dan Taco Bell di tengah-tengah persekitaran perbelanjaan yang tidak menentu di Amerika Syarikat (AS).

Ia menyertai pesaingnya McDonald’s dan Starbucks yang turut terjejas jualannya berikutan perang di wilayah konflik Gaza, Palestin, di antara Israel dan Hamas, demikian lapor Berita Harian memetik agensi berita Reuters.

Syarikat itu mencatatkan pertumbuhan angka tunggal rendah dalam jualan suku keempat susulan konflik tersebut yang menjejaskan perniagaannya di Asia Barat dan pasaran lain, termasuk di Malaysia dan Indonesia.

Ia berkata kesan itu berterusan sehingga suku semasa, tetapi dijangka menjadi sederhana apabila memasuki tahun ini.

Pasaran Asia Barat, Turkiye dan Afrika Utara membentuk kira-kira enam peratus daripada jualan keseluruhan KFC, manakala Asia Barat dan Afrika menyumbang lima peratus jualan Pizza Hut. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *