Connect with us

Antarabangsa

Gencatan senjata di Gaza masih buntu, Netanyahu terus dolak-dalik

Gencatan senjata tidak akan berlaku selagi mana zionis Israel tidak menghentikan serangan dan mengundurkan sepenuhnya tentera mereka dari Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh(kiri), Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (tengah) dan Setiausaha Agung Gerakan Jihad Islam, Ziad Al-Nakhleh (kanan).
  • Gencatan senjata tidak akan berlaku selagi mana zionis Israel tidak menghentikan serangan dan mengundurkan sepenuhnya tentera mereka dari Gaza.
  • Hamas mengesahkan perkara itu disepakati Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan Setiausaha Agung Gerakan Jihad Islam, Ziad Al-Nakhleh dalam perbincangan mereka pada Jumaat lalu.
  • “Perbincangan diadakan mengenai inisiatif menamatkan pencerobohan terhadap Gaza dan adanya pengesahan pertimbangan cadangan baharu untuk gencatan senjata diasaskan atas dasar bahawa sebarang rundingan membawa kepada penamatan sepenuhnya pencerobohan, pengunduran tentera pendudukan daripada wilayah (Gaza), menarik balik kepungan dan pembinaan semula (di Gaza), kemasukan semua keperluan rakyat kita dan mencapai perjanjian pertukaran (tawanan) yang komprehensif.
  • “Kumpulan penentangan akan memperjuangkan kepentingan dan perlindungan rakyat Palestin,” kata kenyataan bersama mereka dipetik MEMO.

Gencatan senjata tidak akan berlaku selagi mana zionis Israel tidak menghentikan serangan dan mengundurkan sepenuhnya tentera mereka dari Gaza.

Hamas mengesahkan perkara itu disepakati Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan Setiausaha Agung Gerakan Jihad Islam, Ziad Al-Nakhleh dalam perbincangan mereka pada Jumaat lalu.

“Perbincangan diadakan mengenai inisiatif menamatkan pencerobohan terhadap Gaza dan adanya pengesahan pertimbangan cadangan baharu untuk gencatan senjata diasaskan atas dasar bahawa sebarang rundingan membawa kepada penamatan sepenuhnya pencerobohan, pengunduran tentera pendudukan daripada wilayah (Gaza), menarik balik kepungan dan pembinaan semula (di Gaza), kemasukan semua keperluan rakyat kita dan mencapai perjanjian pertukaran (tawanan) yang komprehensif.

“Kumpulan penentangan akan memperjuangkan kepentingan dan perlindungan rakyat Palestin,” kata kenyataan bersama mereka dipetik MEMO.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilihat terus berdolak-dalik dalam perkara itu dan dilihat membawa Israel ke dalam kancah peperangan demi survival politiknya dengan tindakan tidak mempedulikan tawanan Israel.

Qatar dan negara berkaitan terus berusaha untuk menjayakan proses seterusnya untuk mencapai gencatan senjata.

Sebelum ini, Penasihat Media kepada Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, Taher Al-Nono dilaporkan berkata cadangan perjanjian gencatan senjata itu masih diteliti Hamas. – The Merdeka Times

Author