Antarabangsa
Tebing Barat di ambang ‘Intifada’ ketiga
Pegawai kanan rejim penjajah Israel Selasa lalu memberi amaran bahawa Tebing Barat berada di ambang ‘Intifada’ ketiga, demikian lapor Al-Ghad.
- Pegawai kanan rejim penjajah Israel Selasa lalu memberi amaran bahawa Tebing Barat berada di ambang ‘Intifada’ ketiga, demikian lapor Al-Ghad.
- Menurut stesen televisyen Israel Saluran 12, Ketua Turus Am Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi dan pegawai kanan rejim penjajah Israel mengeluarkan amaran yang jelas kepada Kabinet Perang Israel.
- Mereka menegaskan “Tebing Barat di ambang letusan” dan “perkara itu mungkin berakhir dengan tercetusnya Intifada ketiga”.
- Mereka turut memberi amaran yang situasi ketika ini disifatkan seperti “cerun licin yang boleh menyebabkan kebangkitan bandar-bandar Tebing Barat untuk membentuk tentangan baharu yang perlu ditangani Israel”.
- Intifada merujuk kepada kebangkitan warga Palestin di Tebing Barat dan Gaza dalam melawan penjajahan dan penindasan rejim zionis Israel di mana kali pertama berlaku pada 1987 dan kali kedua pada 2000.
Pegawai kanan rejim penjajah Israel Selasa lalu memberi amaran bahawa Tebing Barat berada di ambang ‘Intifada’ ketiga, demikian lapor Al-Ghad.
Menurut laporan stesen televisyen Israel Channel 12, Ketua Turus Am Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi dan pegawai kanan rejim penjajah Israel mengeluarkan amaran yang jelas kepada Kabinet Perang Israel.
Mereka menegaskan “Tebing Barat di ambang letusan” dan “perkara itu mungkin berakhir dengan tercetusnya Intifada ketiga”.
Intifada merujuk kepada kebangkitan warga Palestin di Tebing Barat dan Gaza dalam melawan penjajahan dan penindasan rejim zionis Israel di mana kali pertama berlaku pada 1987 dan kali kedua pada 2000.
Pegawai kanan penjajah Israel turut memberi amaran yang situasi ketika ini disifatkan seperti “cerun licin yang boleh menyebabkan kebangkitan bandar-bandar Tebing Barat untuk membentuk tentangan baharu yang perlu ditangani Israel”.
Operasi ketenteraan intensif dijalankan Israel di Tebing Barat dengan meningkatkan serbuan, penangkapan dan pembunuhan sejak 7 Oktober 2023 selari dengan serangan rejim zionis ke atas Gaza.
Laporan diterbitkan saluran berita Israel itu menjelaskan bahawa pegawai kanan dalam agensi keselamatan rejim Israel, termasuk pegawai dari Shin Bet, turut berkongsi kebimbangan itu juga.
Pegawai tentera Israel menggesa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengadakan perbincangan khusus mengenai isu itu dan membuat keputusan untuk mengelakkan situasi di Tebing Barat daripada terus meningkat.
Netanyahu bagaimanapun mengelak mengambil langkah-langkah praktikal dalam konteks itu disebabkan tekanan dikenakan ke atasnya oleh rakan-rakannya dalam gabungan kerajaan.
The New Arab pula melaporkan Tebing Barat berada di ambang Intifada ketiga ekoran situasi ekonomi dan politik semakin memburuk di wilayah Palestin yang diduduki rejim Israel itu. – The Merdeka Times