Connect with us

Terkini

Cadangan buka pusat pelacuran bertentangan undang-undang sivil, syariah – Menteri Agama

Cadangan pelakon, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor supaya pusat pelacuran dibuka untuk pekerja asing di negara ini bertentangan peruntukan undang-undang sivil dan syariah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Cadangan buka pusat pelacuran bertentangan undang-undang sivil, syariah – Menteri Agama
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kiri) & Pelakon, Penerbit dan Usahawan, Datuk Rosyam Nor (kanan).
  • Cadangan pelakon, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor supaya pusat pelacuran dibuka untuk pekerja asing di negara ini bertentangan peruntukan undang-undang sivil dan syariah.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata cadangan itu juga jelas bertentangan prinsip-prinsip ajaran Islam dan Maqasid al-Syariah. 
  • Katanya, dalam mencari penyelesaian terhadap permasalahan dihadapi, kaedah fikah berikut sewajarnya dijadikan panduan iaitu kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan lain.
  • “Pelacuran merupakan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574]. Antara peruntukan berkaitan kesalahan pelacuran adalah seperti berikut; Seksyen 372 – menyalahguna mana-mana orang bagi tujuan persundalan (exploiting any person for purposes of prostitution); Seksyen 372A – hidup daripada hasil persundalan atau perdagangan persundalan (persons living on or trading in prostitution); Seksyen 372B – mencari langganan bagi maksud persundalan (soliciting for purpose of prostitution); dan Seksyen 373 – menguruskan rumah persundalan (Suppression of brothels),” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Beliau mengulas kenyataan Rosyam Nor di podcast Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik di TikTok Suhan Channel pada Ahad lalu, yang dilaporkan berkata pusat pelacuran perlu ada untuk pekerja asing di negara ini.

KUALA LUMPUR — Cadangan pelakon, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor supaya pusat pelacuran dibuka untuk pekerja asing di negara ini bertentangan peruntukan undang-undang sivil dan syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata cadangan itu juga jelas bertentangan prinsip-prinsip ajaran Islam dan Maqasid al-Syariah. 

Na’im berkata cadangan itu tidak boleh diterima sama sekali dan sewajarnya ditolak keseluruhan lapisan masyarakat. 

Katanya, dalam mencari penyelesaian terhadap permasalahan dihadapi, kaedah fikah berikut sewajarnya dijadikan panduan iaitu kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan lain.

Cadangan tersebut telah mengundang polemik dan kontroversi dalam masyarakat memandangkan pelacuran merupakan aktiviti yang tidak dibenarkan menurut undang-undang di Malaysia.

“Pelacuran merupakan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574]. Antara peruntukan berkaitan kesalahan pelacuran adalah seperti berikut; Seksyen 372 – menyalahguna mana-mana orang bagi tujuan persundalan (exploiting any person for purposes of prostitution); Seksyen 372A – hidup daripada hasil persundalan atau perdagangan persundalan (persons living on or trading in prostitution); Seksyen 372B – mencari langganan bagi maksud persundalan (soliciting for purpose of prostitution); dan Seksyen 373 – menguruskan rumah persundalan (Suppression of brothels).

“Di samping itu, dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] juga terdapat beberapa peruntukan berkaitan kesalahan pelacuran, antaranya seperti berikut: Subseksyen 21– pelacuran; Seksyen 22 – muncikari (seseorang yang bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dengan seorang lelaki bagi apa-apa maksud yang menyalahi Hukum Syarak); dan Seksyen 23 – persetubuhan luar nikah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Rosyam Nor di podcast Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik di TikTok Suhan Channel pada Ahad lalu, yang dilaporkan berkata pusat pelacuran perlu ada untuk pekerja asing di negara ini.

Rosyam Nor dilaporkan berkata, warga asing yang datang ke Malaysia ketika ini untuk bekerja kira-kira 3 juta orang di mana kebanyakan mereka meninggalkan isteri masing-masing di negara asal mereka.

Katanya, gadis tempatan berisiko menjadi mangsa rogol apabila kelompok warga asing ini gagal melepaskan nafsu mereka pada tempat selayaknya.

Mengulas lanjut, Na’im berkata di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 turut memperuntukkan kesalahan kepada mana-mana individu yang menganjurkan, mendorong atau  menggalakkan individu lain untuk melakukan maksiat sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 35 Akta 559.

Katanya, pelacuran adalah jenayah berat di sisi undang-undang Islam yang termasuk dalam kategori hudud. 

Terbaharu, Rosyam Nor dilaporkan tampil membuat permohonan maaf berhubung kenyataan beliau itu menerusi hantaran di Instagramnya hari ini.

Beliau tidak menyangka kenyataannya itu akan menjadi tular sehingga disalah anggap dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai, termasuk agamawan. — The Merdeka Times

Sumber: FB Dato’ Setia Dr. Naim

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *