Connect with us

Antarabangsa

Pelajar transgender di Virginia perlu tunjuk ‘rekod jenayah’ sebelum guna tandas sekolah

Sebuah sekolah di daerah Virginia menerima pakai dasar yang mungkin memerlukan pelajar transgender menyertakan bukti, termasuk rekod “disiplin” atau “jenayah” kepada pihak pentadbir sekolah bagi mendapat kebenaran menggunakan tandas sejajar dengan identiti jantina mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pelajar transgender di Virginia perlu tunjuk ‘rekod jenayah’ sebelum guna tandas sekolah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pelajar trans perlu sertakan rekod “disiplin” atau “jenayah” kepada pihak pentadbir sekolah bagi mendapat kebenaran menggunakan tandas sekolah mengikut kecenderungan jantina pilihan mereka.
  • Bagi menggunakan tandas atau kemudahan lain yang sejajar dengan identiti jantina (pilihan) mereka, perlu menyerahkan beberapa dokumen kepada pengetua sekolah terlebih dahulu.
  • Mereka juga mungkin akan diminta untuk menyerahkan surat diagnosis doktor, ahli terapi atau kaunselor.
  • Dasar baharu itu bagi memastikan pelajar yang ingin menggunakan kemudahan sejajar dengan identiti jantina mereka, tidak mempunyai “niat tersembunyi.

Sebuah sekolah di daerah Virginia menerima pakai dasar yang mungkin memerlukan pelajar transgender menyertakan bukti, termasuk rekod “disiplin” atau “jenayah” kepada pihak pentadbir sekolah bagi mendapat kebenaran menggunakan tandas sejajar dengan identiti jantina mereka.

Lembaga Sekolah Daerah Hanover meluluskan dasar baharu itu dalam undian 5-2 pada Selasa lalu, demikian menurut Richmond Times-Dispatch.

Pelajar transgender perlu menyerahkan beberapa dokumen kepada pengetua sekolah sebelum boleh menggunakan tandas, bilik persalinan atau kemudahan lain sejajar identiti jantina (pilihan) mereka.

Kini pelajar trans dikehendaki mengeluarkan kenyataan kecenderungan identiti jantina dan ekspresi mereka serta meminta ibu bapa atau penjaga mereka menyerahkan surat.

Mereka juga mungkin akan diminta untuk menyerahkan surat yang ditandatangani doktor, ahli terapi atau kaunselor yang mengesahkan mereka sudah didiagnosis dengan disforia jantina dan  maklumat tambahan “berkaitan dengan privasi dan keselamatan pelajar lain.”

Selepas dokumen disemak pengetua sekolah, pengetua harus menulis ringkasan permintaan yang akan dikemukakan kepada lembaga sekolah bagi mendapat kelulusan akhir, kata dasar itu. 

Lembaga mempunyai kuasa muktamad sama ada permohonan diluluskan atau ditolak.

Sebelum menerima pakai dasar itu, seorang ahli lembaga sekolah itu, Bob Hundley cuba menggugurkan sebahagian daripada dasar yang memerlukan pelajar mengemukakan rekod disiplin atau jenayah, namun percubaan itu gagal. 

Pengerusi Lembaga Sekolah Daerah Hanover, John Axselle III berkata, sebahagian daripada tujuan dasar baharu itu adalah bagi memastikan pelajar yang ingin menggunakan kemudahan sejajar dengan identiti jantina mereka tidak mempunyai “niat tersembunyi.

Gabungan pertubuhan advokasi LGBTQ di negeri itu mengecam dasar tersebut serta menggelar peraturan baharu itu sebagai “beban yang tidak wajar”

Sumber: NBC News

Author