Connect with us

Antarabangsa

Rektor Universiti Islam Gaza terbunuh dalam serangan udara rejim zionis Israel

Rektor Universiti Islam Gaza di Semenanjung Gaza, Sufyan Tayeh dan keluarganya terbunuh dalam serangan udara Israel pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rektor Universiti Islam Gaza terbunuh dalam serangan udara rejim zionis Israel
Foto: Ahli akademik dan Presiden Universiti Islam, Dr Sufian Tayeh.
  • Rektor Universiti Islam Gaza di Semenanjung Gaza, Sufyan Tayeh dan keluarganya terbunuh dalam serangan udara Israel pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
  • Serangan udara itu berlaku di kawasan Al-Faluja di Jabalia, timur laut Semenanjung Gaza.
  • “Ahli akademik dan Presiden Universiti Islam, Dr Sufian Tayeh dan keluarganya meninggal dunia hari ini (Sabtu) akibat serangan udara tentera penceroboh di kawasan Faluja di Gaza,” menurut Menteri Pendidikan Mahmoud Abu Mouis menerusi kenyataan.

ISTANBUL: Rektor Universiti Islam Gaza di Semenanjung Gaza, Sufyan Tayeh dan keluarganya terbunuh dalam serangan udara Israel pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Serangan udara itu berlaku di kawasan Al-Faluja di Jabalia, timur laut Semenanjung Gaza.

“Ahli akademik dan Presiden Universiti Islam, Dr Sufian Tayeh dan keluarganya meninggal dunia hari ini (Sabtu) akibat serangan udara tentera penceroboh di kawasan Faluja di Gaza,” menurut Menteri Pendidikan Mahmoud Abu Mouis menerusi kenyataan.

Menurut laporan `Quds News Network’, Tayeh tersenarai sebagai antara penyelidik terbaik di dunia pada 2021.

Dilahirkan pada tahun 1971 di utara Gaza, Tayeh adalah seorang penyelidik dalam fizik dan matematik gunaan.

Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu berkata angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 15,207 orang sejak tercetusnya konflik pada 7 Oktober.

Tentera penceroboh Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza pada awal Jumaat selepas mengisytiharkan jeda kemanusiaan selama seminggu tamat. – BERNAMA-ANADOLU

Sumber: Berita Harian

Author