Connect with us

Terkini

“KJ, anda Menteri Kesihatan yang paling gagal” – Tiong King Sing

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menyifatkan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan yang paling gagal.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kiri) dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing (kanan).
  • Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menyifatkan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan yang paling gagal.
  • KJ, anda Menteri Kesihatan yang paling gagal. Anda gagal membuktikan secara konsisten kanser itu berpunca daripada tabiat merokok, malah gagal melaksanakan langkah dengan menubuhkan pusat penyelidikan atau institusi berkaitan untuk menganalisis dan menyelidik dengan lebih lanjut mengenai data terperinci pesakit kanser di negara kita. 
  • “Oleh itu, RUU (Rang Undang-undang) yang anda (KJ) cadangkan ini tidak mempunyai asas yang kukuh untuk dipertahankan dan apa yang lebih penting, tidak seharusnya anda menyalahkan menteri lain hanya untuk melampiaskan kekecewaan anda,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.
  • Sebelum ini, Khairy mendakwa dua menteri kabinet dan seseorang yang dirujuknya sebagai “the gaffer” menghalang RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) daripada dilaksanakan.
  • Media tempatan melaporkan Khairy menerusi hantaran di Instagram mendakwa dua menteri itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing.

KUALA LUMPUR — Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menyifatkan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan yang paling gagal.

King Sing berkata, Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ gagal membuktikan secara konsisten bahawa kanser itu berpunca daripada tabiat merokok.

Menurutnya,  KJ juga gagal melaksanakan langkah untuk menubuhkan pusat penyelidikan atau institusi berkaitan dalam menganalisis dan menyelidik lebih lanjut mengenai data terperinci pesakit kanser di dalam negara.

KJ, anda Menteri Kesihatan yang paling gagal. Anda gagal membuktikan secara konsisten kanser itu berpunca daripada tabiat merokok, malah gagal melaksanakan langkah dengan menubuhkan pusat penyelidikan atau institusi berkaitan untuk menganalisis dan menyelidik dengan lebih lanjut mengenai data terperinci pesakit kanser di negara kita. 

“Oleh itu, RUU (Rang Undang-undang) yang anda (KJ) cadangkan ini tidak mempunyai asas yang kukuh untuk dipertahankan dan apa yang lebih penting, tidak seharusnya anda menyalahkan menteri lain hanya untuk melampiaskan kekecewaan anda,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Sebelum ini, Khairy mendakwa dua menteri kabinet dan seseorang yang dirujuknya sebagai “the gaffer” menghalang RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) daripada dilaksanakan.

Media tempatan melaporkan Khairy menerusi hantaran di Instagram mendakwa dua menteri itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing.

Badan pemerhati kesihatan CodeBlue sebelum ini melaporkan kabinet memutuskan untuk menggugurkan peruntukan larangan tembakau dan vape generasi akhir (GEG) daripada Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.

Ini kerana peguam negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berpandangan cadangan kohort atau larangan berdasarkan umur yang bertujuan untuk mengharamkan produk tembakau dan vape bagi mereka lahir bermula 1 Januari 2007 sebagai tidak berperlembagaan.

Mengulas lanjut, King Sing berkata desakan Khairy berhubung RUU GEG perlu dikuatkuasakan adalah tidak munasabah dan ‘membingungkan’.

“Terutamanya dalam abad ke-21 dan masyarakat bertamadun ini, pelaksanaan tekanan tinggi dan tindakan secara paksaan ini adalah umpama ibu bapa yang merotan dan menghukum anak mereka tanpa usul periksa.

“Tindak balas beliau sebagaimana yang tidak dapat menerima keputusan bahawa RUU ini adalah tidak berpelembagaan dan tidak boleh dikuatkuasakan.

“Sekiranya perkara yang tidak bersedia ini dilaksanakan secara tergesa-gesa dan akhirnya terdapat pelbagai kelemahan dan kritikan sehingga menyebabkan aduan awam secara besar-besaran, siapakah yang harus dipersalahkan?” katanya yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP).

Menurut King Sing, beliau sudah berulang kali menyatakan keraguan terhadap RUU itu ketika bersidang di Parlimen di mana sewaktu itu Khairy didakwa tidak memberikan jawapan secara terperinci mahupun menjawab soalannya berhubung perkara terbabit.

Apa yang lebih melampau apabila beliau mengeluarkan kenyataan bahawa golongan B40 merupakan kumpulan majoriti yang terjejas dengan penyakit seperti kanser, sakit jantung dan penyakit berkaitan paru-paru akibat komplikasi merokok. 

Hakikatnya ramai pesakit kanser tidak mempunyai sejarah merokok, malah jarang menghidu asap rokok dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, bagaimana keadaan dan pengalaman mereka yang berkait dengan kanser ini dapat dijelaskan?” ujarnya. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Dato’ Seri Tiong King Sing (拿督斯里张庆信)

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *