Connect with us

Terkini

Kabinet gugurkan GEG dari RUU Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023

Kabinet memutuskan untuk menggugurkan peruntukan larangan tembakau dan vape generasi akhir (GEG) daripada Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.

Wartawan TMT

Published

on

Kabinet gugurkan GEG dari RUU Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kabinet memutuskan untuk menggugurkan peruntukan larangan tembakau dan vape generasi akhir (GEG) daripada Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.
  • Ini kerana Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh melihat cadangan kohort atau larangan berdasarkan umur – bertujuan untuk mengharamkan produk tembakau dan vape bagi individu lahir bermula 1 Januari 2007 – sebagai tidak berperlembagaan.
  • Rang undang-undang kawalan tembakau dan vape penuh itu juga kekurangan sokongan Jabatan Peguam Negara (AGC), yang menganggap GEG melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan di sisi undang-undang.
  • “AGC berkata ia tidak berperlembagaan. Jika kerajaan berkeras mengenainya, kita perlu meminda Perlembagaan,” kata sumber kepada portal CodeBlue mengenai hasil dua mesyuarat Kabinet sejak dua minggu lalu yang membincangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam.

KUALA LUMPUR – Kabinet memutuskan untuk menggugurkan peruntukan larangan tembakau dan vape generasi akhir (GEG) daripada Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.

Ini kerana Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh melihat cadangan kohort atau larangan berdasarkan umur – bertujuan untuk mengharamkan produk tembakau dan vape bagi mereka yang lahir bermula 1 Januari 2007 – sebagai tidak berperlembagaan.

Rang undang-undang kawalan tembakau dan vape itu juga kekurangan sokongan Jabatan Peguam Negara (AGC), yang menganggap GEG melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan di sisi undang-undang.

“AGC berkata ia tidak berperlembagaan. Jika kerajaan berkeras mengenainya, kita perlu meminda Perlembagaan,” kata sumber kepada CodeBlue mengenai hasil dua mesyuarat Kabinet sejak dua minggu lalu yang membincangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam.

“Jabatan Peguam Negara berpendirian kuat, terutamanya mengenai Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Bagi mereka, akan ada dua set undang-undang untuk dua kumpulan rakyat berbeza berdasarkan umur,” kata sumber itu.

Berbeza dengan undang-undang semasa yang membenarkan 18 tahun untuk merokok, GEG berkaitan cadangan mengharamkan penjualan tembakau dan produk vape serta perbuatan merokok dan vape, bagi mereka yang dilahirkan pada atau selepas tahun tertentu, iaitu 2007, seumur hidup mereka.

April lalu, bekas Ketua Hakim Negara Zaki Azmi menggesa kerajaan untuk memisahkan GEG daripada Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam. Sepertimana AGC, beliau juga melihat larangan tembakau dan vape GEG itu berpotensi melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement

Kegagalan untuk membentangkan dan meluluskan rang undang-undang dalam apa jua bentuk pada akhir bulan ini bermakna e-rokok dan vape dengan nikotin boleh terus kekal sah untuk dijual kepada semua.

Ini termasuk kepada kanak-kanak bawah umur, sekurang-kurangnya satu tahun penuh – selepas Menteri Kesihatan iaitu Dr Zaliha, memveto bantahan sebulat suara Lembaga Racun, menyahkawal selia nikotin cecair sebagai racun berjadual daripada Akta Racun 1952, 31 Mac lalu.

Mahkamah Tinggi pada 6 Disember depan akan mendengar permohonan semakan kehakiman oleh tiga kumpulan masyarakat sivil, termasuk Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, untuk membatalkan pengecualian nikotin cecair daripada Senarai Racun.

Sumber: CodeBlue

Author

Advertisement

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending