Connect with us

Terkini

Mengapa tentera zionis ceroboh Hospital Al-Shifa?

Hospital Al-Shifa yang terletak di utara Gaza sudah menjadi sasaran tentera pengganas zionis sejak bermulanya Taufan Al-Aqsa, 7 Oktober lalu. Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat cuba membina propaganda dengan mengatakan di bawah Hospital Al-Shifa terdapatnya markas ketenteraan Hamas. Bagaimanapun sehingga saat ini mereka masih gagal membuktikan dakwaan tersebut.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mengapa tentera zionis ceroboh Hospital Al-Shifa?
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kepentingan Hospital Al-Shifa melebihi bidang perubatan bagi rakyat di sini. Ia digambarkan sebagai jantung Gaza yang berdegup kencang dalam setiap hati rakyat Palestin.
  • Al-Shifa dilihat sebagai pusat utama bagi badan pentadbiran kerajaan Gaza.
  • Kementerian media kerajaan juga beroperasi di luar hospital.
  • Bagi rakyat Palestin, hospital ini menjadi simbol kekuatan mereka untuk menentang kezaliman zionis.
  • Israel berkeras mahu mentadbir Gaza sebaik perang selesai maka amat penting al-Shifa dirampas.

Hospital Al-Shifa yang terletak di utara Gaza sudah menjadi sasaran tentera pengganas zionis sejak bermulanya Taufan Al-Aqsa, 7 Oktober lalu. Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat cuba membina propaganda dengan mengatakan di bawah Hospital Al-Shifa terdapatnya markas ketenteraan Hamas. Bagaimanapun sehingga saat ini mereka masih gagal membuktikan dakwaan tersebut.

Menurut laporan Al-Jazeera, tentera penjajah punya misi tertentu yang menyebabkan Hospital Al-Shifa menjadi sasaran utama mereka.

Ia berikutan hospital ini bukan pusat rawatan biasa bagi penduduk Gaza. Kepentingan Hospital Al-Shifa melebihi bidang perubatan bagi rakyat di sini. Ia digambarkan sebagai jantung Gaza yang berdegup kencang dalam setiap hati rakyat Palestin.

Kompleks ini telah wujud di Gaza sejak zaman pemerintahan British ke atas Palestin dan menjadi hospital pada tahun 1946 selepas pada asalnya menempatkan berek tentera British.

Ia telah bertahan dalam beberapa peperangan dan bertahun-tahun pendudukan Israel.

Sejak itu Al-Shifa dilihat sebagai pusat utama bagi badan pentadbiran kerajaan Gaza. Di sini juga, pegawai kementerian kesihatan Gaza mengadakan sidang akhbar bersejarah di dunia apabila dikelilingi jenazah mangsa perang akibat dibom zionis beberapa minggu lalu.

Kementerian media kerajaan juga beroperasi di luar hospital.

Kompleks Hospital Al-Shifa turut dilapor berjaya mengekalkan akses internetnya saat penjajah haram Israel melakukan sekatan di seluruh Gaza. Ia sekaligus menjadi pusat tumpuan media dan wartawan, yang mana sebahagian daripada mereka saat ini sedang terperangkap di kompleks tersebut akibat dikepung zionis.

Bagi rakyat Palestin, hospital ini menjadi simbol kekuatan mereka untuk menentang kezaliman zionis apabila gambar bayi yang terbunuh dan kanak-kanak cacat di hospital ini mula tersebar ke seluruh dunia hingga memberi inspirasi kepada jutaan penduduk di seluruh negara turun ke jalanan bagi menyokong rakyat Palestin.

Melihat kepada senario ini maka tentera zionis dan sekutunya Amerika Syarikat melihat pengambilalihan hospital ini perlu dilakukan segera agar kebenaran tidak terus disebarkan ke luar Gaza.

Dan memandangkan Israel berkeras mahu mentadbir Gaza sebaik perang selesai maka amat penting al-Shifa dirampas sekaligus menumpaskan kubu kuat ketenteraan dan pentadbiran Hamas seperti yang didakwa sebelum ini.-The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *