Connect with us

Antarabangsa

Bella Hadid diganti dengan model Israel, Dior dikecam netizen

Syarikat kosmetik antarabangsa, Dior dikecam teruk di laman sosial, terutama di platform X, kerana menggantikan Bella Hadid dengan model Israel, May Tager sebagai duta kepada jenama itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bella Hadid diganti dengan model Israel, Dior dikecam netizen
Foto: Model, Bella Hadid.
  • Syarikat kosmetik antarabangsa, Dior dikecam teruk di laman sosial, terutama di platform X, kerana menggantikan Bella Hadid dengan model Israel, May Tager sebagai duta kepada jenama itu.
  • Ekoran daripada perkara tersebut, tanda pagar model berketurunan Palestin- Amerika itu kini sohor dengan menduduki antara kedudukan teratas di laman sosial berkenaan.
  • Bella yang merupakan model berketurunan Palestin-Amerika menghiasi jenama antarabangsa itu sejak 2016 dan sangat lantang bersuara tentang isu Palestin dan mengkritik Israel.

Syarikat kosmetik antarabangsa, Dior dikecam teruk di laman sosial, terutama di platform X, kerana menggantikan Bella Hadid dengan model Israel, May Tager sebagai duta kepada jenama itu.

Tanda pagar model berketurunan Palestin-Amerika itu juga kini menduduki antara kedudukan teratas di laman sosial berkenaan.

Bella yang merupakan model berketurunan Palestin-Amerika sebelum ini menghiasi jenama antarabangsa itu sejak 2016 dan sangat lantang bersuara tentang isu Palestin dan mengkritik Israel.

Seorang pengguna X bernama Oceasnsjonas berkata dia tidak dapat menerima tindakan Dior itu.

“Saya tak dapat percaya bahawa Dior sanggup membuang Bella daripada wajah syarikat mereka dan menggantikan dengan model Israel.

“Kalian semua fahamkah bagaimana kejamnya tindakan ini. Mereka cuba mengenepikan wajahnya (Bella) kerana dia sangat lantang bersuara tentang Palestin,” katanya di platform X.

Individu bernama Censored Men turut mengecam tindakan Dior itu.

“Bella telah sekian lama mendukung perjuangan Palestin kerana dia juga berketurunan sama dan keluarganya menderita disebabkan pendudukan Israel.

“Dior telah melakukan tindakan yang memalukan,” katanya.

Menurut media tempatan Israel, meskipun banyak syarikat di global ketika ini mengelak daripada memberikan sokongan kepada Israel secara terbuka, namun Dior bertindak sebaliknya.

Bella sebelum ini turut mendapat pelbagai ancaman atas talian, termasuk ugutan bunuh, kerana lantang bersuara isu Palestin yang kini hangat kembali

Bagaimanapun Bella berkata, dia tidak gentar dengan ugutan itu kerana ketakutan bukan satu pilihan baginya. – The Merdeka Times

Sumber: Platform X, WION

Author