Connect with us

Terkini

Turun duti hiburan undang kelalaian, pergaulan bebas – Ahli Parlimen Temerloh

Seorang Ahli Parlimen pembangkang membidas rancangan kerajaan menurunkan duti hiburan pada tahun depan yang didakwanya akan menyebabkan lebih banyak program melalaikan dianjurkan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Turun duti hiburan undang kelalaian, pergaulan bebas - Ahli Parlimen Temerloh
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang Ahli Parlimen pembangkang membidas rancangan kerajaan menurunkan duti hiburan pada tahun depan yang didakwanya akan menyebabkan lebih banyak program melalaikan dianjurkan.
  • Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) turut mendakwa pertambahan program itu juga akan menyebabkan pergaulan bebas, sambil secara sinis berkata langkah itu bertentangan dengan pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah.
  • Beliau mendesak Putrajaya menilai semula keputusan berhubung pengurangan duti hiburan yang disifatkan tidak memberi manfaat untuk mensejahterakan kehidupan rakyat.
  • “Jangan sampai tangan kanan beri madu tangan kiri memberi racun,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang membidas rancangan kerajaan menurunkan duti hiburan pada tahun depan yang didakwanya akan menyebabkan lebih banyak program melalaikan dianjurkan.

Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) turut mendakwa pertambahan program itu juga akan menyebabkan pergaulan bebas, sambil secara sinis berkata langkah itu bertentangan dengan pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah.

Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Putrajaya menilai semula keputusan berhubung pengurangan duti hiburan yang disifatkan tidak memberi manfaat untuk mensejahterakan kehidupan rakyat.

“Nilai semula keputusan ini kerana sejauh mana ia memberi keuntungan untuk pembentukan generasi berakhlak mulia dan memiliki jati diri yang tinggi.

“Jangan sampai tangan kanan beri madu tangan kiri memberi racun,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

Pada pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baharu.

Persembahan pentas dan konsert artis tempatan pula mendapat pengecualian sepenuhnya duti hiburan.

Selain itu, pengurangan 10 peratus duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis antarabangsa dan acara hiburan seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *