Connect with us

Terkini

Kerajaan akan perkenal akaun fleksibel KWSP, boleh akses bila-bila masa

Kerajaan akan memperkenalkan Akaun Fleksibel KWSP yang boleh diakses ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada bila-bila masa.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan akan perkenal akaun fleksibel KWSP, boleh akses bila-bila masa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan akan memperkenalkan Akaun Fleksibel KWSP yang boleh diakses ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada bila-bila masa.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2024, apabila mengumumkan akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula “untuk memperkasa simpanan persaraan”.
  • “Akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan. Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa,” katanya kepada Dewan Rakyat.

PETALING JAYA: Kerajaan akan memperkenalkan Akaun Fleksibel KWSP yang boleh diakses ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada bila-bila masa.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2024, apabila mengumumkan akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula “untuk memperkasa simpanan persaraan”.

“Akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan. Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa,” katanya kepada Dewan Rakyat.

Sebelum ini pada Julai, KWSP berkata ia bercadang memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran pada bila-bila masa, dan akan berfungsi seperti akaun simpanan untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

Sementara itu, Anwar mengumumkan kerajaan akan meningkatkan siling gaji bulanan bagi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial, daripada RM5,000 kepada RM6,000.

Beliau berkata langkah ini akan meningkatkan faedah tunai pada kadar 20.2 peratus untuk manfaat 1.45 juta pekerja dan tanggungan mereka.

Sumber: Free Malaysia Today

Advertisement

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending