Terkini
Diskaun bayaran balik PTPTN diteruskan sehingga Mac 2024
Pemberian diskaun sehingga 15 peratus bagi bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap peminjam yang bersungguh-sungguh membayar balik pinjaman walaupun dalam keadaan ekonomi yang getir.

- Pemberian diskaun sehingga 15 peratus bagi bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap peminjam yang bersungguh-sungguh membayar balik pinjaman walaupun dalam keadaan ekonomi yang getir.
- Pengerusi PTPTN Datuk Norliza Abdul Rahim dalam kenyataan Sabtu berharap insentif itu dapat membantu peminjam PTPTN dalam membuat bayaran balik.
- “Sebagai sebuah kerajaan Malaysia MADANI yang bersifat ihsan, peduli, berkasih sayang dan merasai keperitan rakyat, kerajaan telah memberikan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN melalui Belanjawan 2024,” katanya.
- PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi amat berterima kasih dan komited untuk melaksanakan pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman itu yang bermula Sabtu lalu hingga 31 Mac 2024.
KUALA LUMPUR: Pemberian diskaun sehingga 15 peratus bagi bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap peminjam yang bersungguh-sungguh membayar balik pinjaman walaupun dalam keadaan ekonomi yang getir.
Pengerusi PTPTN Datuk Norliza Abdul Rahim dalam kenyataan pada Sabtu berharap insentif itu dapat membantu peminjam PTPTN dalam membuat bayaran balik.
“Sebagai sebuah kerajaan Malaysia MADANI yang bersifat ihsan, peduli, berkasih sayang dan merasai keperitan rakyat, kerajaan telah memberikan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN melalui Belanjawan 2024.
“Sehubungan itu, perincian berkenaan pelaksanaan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.
Berdasarkan Belanjawan 2024, diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN melibatkan diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi amat berterima kasih dan komited untuk melaksanakan pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman itu yang bermula Sabtu lalu hingga 31 Mac 2024.
Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rami PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi careline PTPTN di 03-2193 3000, live chat, e-Aduan di http://eaduan.ptptn.gov.my/, eksekutif pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn dan media sosial rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. — BERNAMA
Sumber: Astro Awani
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas