Connect with us

Antarabangsa

US$1.82 juta untuk pengebumian Shinzo Abe

Pengebumian negara bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, yang dibunuh Julai lepas, akan menelan belanja kerajaan kira-kira 250 juta yen (US$1.82 juta), lapor Sputnik.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

US$1.82 juta untuk pengebumian Shinzo Abe
Foto: Bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dalam kenangan.
  • Pengebumian negara merupakan satu penghormatan kepada Shinzo Abe terhadap “kepimpinan dan kecemerlangan” yang ditunjukkannya sepanjang menjadi Perdana Menteri Jepun untuk tempoh lapan tahun lapan bulan.
  • Keputusan rasmi mengenai jumlah dana diperuntukkan dijangka dibuat pada 26 Ogos(esok).
  • Kerajaan Jepun sedang buat persediaan untuk penyertaan kira-kira 6,400 orang dalam pengebumian negara untuk Abe, termasuk pegawai tinggi asing.
  • Upacara pengebumian dan pembakaran mayatnya telah diadakan pada 12 Julai.

TOKYO – Pengebumian negara bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, yang dibunuh Julai lepas, akan menelan belanja kerajaan kira-kira 250 juta yen (US$1.82 juta), lapor Sputnik.

Agensi Berita Kyodo yang memetik sumber terdekat melaporkan, bahawa keputusan rasmi mengenai jumlah dana yang diperuntukkan dijangka dibuat pada 26 Ogos.

Menurut saluran TV NHK, kerajaan Jepun sedang membuat persediaan untuk penyertaan kira-kira 6,400 orang dalam pengebumian negara untuk Abe, termasuk pegawai tinggi asing.

Pengebumian Negara Abe pada 27 September akan menjadi pengebumian negara kedua untuk bekas perdana menteri sejak Perang Dunia II.

Pengebumian pertama diadakan pada 1967 untuk Shigeru Yoshida.

Majlis Istiadat Pengebumian Negara itu sebagai penghormatan kepada Abe terhadap “kepimpinan dan kecemerlangan” yang ditunjukkannya sepanjang menjadi Perdana Menteri untuk tempoh lapan tahun lapan bulan.

Abe, 67, ditembak pada 8 Julai di bandar Nara, Jepun semasa berucap dalam kempen pilihan raya. 

Pembunuhnya, Tetsuya Yamagami, mendekati ahli politik itu dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter (33 kaki). 

Abe yang dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Perubatan.

Upacara pengebumian dan pembakaran mayatnya diadakan pada 12 Julai.

Sumber : Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *