Connect with us

Terkini

50 peratus masalah kesihatan mental bermula seawal usia sebelum 14 tahun – Pakar Psikiatri

Sebanyak 50 peratus daripada masalah kesihatan mental bermula seawal usia sebelum 14 tahun iaitu sebelum remaja, kata Pakar Psikiatri Kulliyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Psikiatri Kulliyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria.
  • Sebanyak 50 peratus daripada masalah kesihatan mental bermula seawal usia sebelum 14 tahun iaitu sebelum remaja, kata Pakar Psikiatri Kulliyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria.
  • Rozanizam berkata antara faktor penyumbang kepada isu kesihatan mental itu adalah isu psikologi sewaktu membesar, termasuk cara parenting ibu bapa dan pendedahan kepada sebarang peristiwa zaman kanak-kanak yang teruk ataupun masalah sewaktu membesar. 
  • “Sebab isu-isu persekitaran ini sangat kuat mempengaruhi impact kepada pembentukan identiti dan personaliti seorang remaja dan akhirnya bagi impact kepada kesihatan mental mereka lah,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times baru-baru.
  • Rozanizam berkata majoriti remaja hari ini membesar dalam keadaan ibu bapa sibuk bekerja menjadikan kebanyakan mereka membesar di sekolah dan kawan-kawan di mana situasi itu mempengaruhi cara membesar.
  • Katanya, terdapat kajian melaporkan tekanan di sekolah sama ada isu sosial seperti buli atau masalah pelajaran turut menyumbang kepada masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja.

KUALA LUMPUR — Sebanyak 50 peratus daripada masalah kesihatan mental bermula seawal usia sebelum 14 tahun iaitu sebelum remaja, kata Pakar Psikiatri Kulliyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria.

Rozanizam berkata antara faktor penyumbang kepada isu kesihatan mental itu adalah isu psikologi sewaktu membesar, termasuk cara parenting ibu bapa dan pendedahan kepada sebarang peristiwa zaman kanak-kanak yang teruk ataupun masalah sewaktu membesar. 

Katanya, peristiwa yang terbukti meningkatkan risiko masalah mental adalah seperti penderaan, pengabaian, masalah rumah tangga, penceraian, isu dadah dan isu jenayah dalam rumah tangga. 

“Sebab itu kita dapati 50 peratus daripada masalah kesihatan mental berpunca daripada bermula seawal usia sebelum 14 tahun, maknanya banyak isu-isu kesihatan mental sebenarnya bermula pada fasa sebelum remaja dan remaja itu sendiri lah. 

“Sebab isu-isu persekitaran ini sangat kuat mempengaruhi impact kepada pembentukan identiti dan personaliti seorang remaja dan akhirnya bagi impact kepada kesihatan mental mereka,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times baru-baru.

Rozanizam berkata majoriti remaja hari ini membesar dalam keadaan ibu bapa sibuk bekerja menjadikan kebanyakan mereka membesar di sekolah dan bersama kawan-kawan di mana situasi itu mempengaruhi cara membesar.

Katanya, terdapat kajian melaporkan tekanan di sekolah sama ada isu sosial seperti buli atau masalah pelajaran turut menyumbang kepada masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja.

Beliau berkata sistem pendidikan perlu ditambah baik dari sudut kandungan yang menjurus kepada membantu pembentukan jati diri dan daya tahan serta perkembangan psikologi anak-anak.

“Satu perkara yang patut kita sedar adalah cabaran yang ada pada zaman ini tak sama dengan yang ada zaman sebelum ini di mana kalau dulu waktu membesar, mungkin 20 hingga 30 tahun dahulu dia punya external factors atau environmental factors yang influence tekanan pada remaja ni tak banyak. 

“Kalau kita tengok hari ini pun, kalau kita compare silibus pendidikan hari ini dengan pendidikan 5 hingga 10 tahun dulu berbeza, hari ini lebih rumit, lebih susah. Kalau kita nak tengok faktor sara hidup, faktor ekonomi kewangan, hari ini pun tak sama dengan sebelum ini. 

“Kalau dulu-dulu mungkin ayah bekerja, ibu ada di rumah, ibu boleh support tapi almost majority of remaja hari ini membesar dalam keadaan ibu ayah sibuk bekerja jadi kebanyakannya mereka membesar di sekolah, membesar dengan kawan-kawan,” katanya mengulas dakwaan mental generasi muda hari ini mudah ‘koyak’ dan tidak tahan kepada ujian.

Beliau berkata ibu bapa adakalanya berhadapan dengan tekanan hidup dan stres, bagaimanapun mereka tetap perlu menguruskan isu itu dengan baik supaya ia tidak mempengaruhi keluarga dan kesannya berakhir kepada anak-anak.

So maknanya, ibu bapa kena improve mereka punya skills, reach out to this adolescence dan sediakan persekitaran dan attachment yang lebih baik jika tidak nanti persekitaran ini akan mendidik mereka, bukan ibu bapa,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *