Connect with us

Antarabangsa

AS, sekutu gugurkan 46 bom setiap hari ke atas negara lain sejak 2001

Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya secara purata menggugurkan 46 bom setiap hari ke atas negara lain sejak 2001, demikian menurut penyelidikan kumpulan anti-perang CODEPINK.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

AS, sekutu gugurkan 46 bom setiap hari ke atas negara lain sejak 2001
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya secara purata menggugurkan 46 bom setiap hari ke atas negara lain sejak 2001, demikian menurut penyelidikan kumpulan anti-perang CODEPINK.
  • Menurut penyelidikan Medea Benjamin dan Nicolas JS Davies, diterbitkan di laman web Common Dream pada Mac 2021, AS dan sekutunya menggugurkan lebih 326,000 bom dan peluru berpandu sejak 2001, termasuk 152,000 di Iraq dan Syria.
  • Penyelidikan itu menyatakan bahawa kesimpulan itu dibuat berdasarkan pengumuman rasmi tentera AS serta data dari Bureau of Investigative Journalism, Yemen Data Project, dan New America Foundation.
  • Ditubuhkan pada November 2002 oleh 100 wanita, CODEPINK adalah organisasi akar umbi yang berusaha untuk menamatkan peperangan AS dan ketenteraan di dunia.

Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya secara purata menggugurkan 46 bom setiap hari ke atas negara lain sejak 2001, demikian menurut penyelidikan kumpulan anti-perang CODEPINK

Menurut penyelidikan Medea Benjamin dan Nicolas JS Davies, diterbitkan di laman web Common Dream pada Mac 2021, AS dan sekutunya menggugurkan lebih 326,000 bom dan peluru berpandu sejak 2001, termasuk 152,000 di Iraq dan Syria.

Penyelidikan itu menyatakan bahawa kesimpulan itu dibuat berdasarkan pengumuman rasmi tentera AS serta data dari Bureau of Investigative Journalism, Yemen Data Project, dan New America Foundation.

Times of India melaporkan angka sebenar dijangkakan lebih tinggi selepas pentadbiran Presiden Donald Trump menamatkan penerbitan angka dalam kempen pengebomannya pada 2020.

Penyelidikan itu diterbitkan selepas Tentera Udara AS dilaporkan menjatuhkan tujuh bom seberat 500 pound di wilayah timur Syria pada 25 Februari 2021 yang mengorbankan 22 individu. 

Penulis penyelidikan itu berkata Presiden Joe Biden dengan bodohnya cuba menggunakan serangan udara di Syria sebagai tekanan terhadap Iran dan bukannya kembali kepada perjanjian nuklear Iran sebagaimana dijanjikannya semasa kempen pilihan raya. 

Penyelidikan itu membuat kesimpulan bahawa Biden tidak boleh memulihkan penghormatan dunia terhadap kepimpinan AS atau sokongan orang ramai terhadap dasar luarnya dengan menimbunkan lebih banyak pembohongan, rahsia dan kekejaman.

Ditubuhkan pada November 2002 oleh 100 wanita, CODEPINK adalah organisasi akar umbi yang berusaha untuk menamatkan peperangan AS dan ketenteraan di dunia.

Sumber: Times of India

Author