Connect with us

Terkini

“SKMM, usah jadi budak suruhan PM” – Wan Saiful Wan Jan

Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang juga Ketua Portfolio Komunikasi dan Digital Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini menyelar tindakan  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengarahkan portal berita MalaysiaNow untuk menurunkan kandungan berita bertajuk ‘Blok PN keluar, Tambun peliwat bergema di Dewan Rakyat selepas PM serang Radzi” yang disiarkan portal media itu, semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“SKMM, usah jadi budak suruhan PM” – Wan Saiful Wan Jan
Foto: Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang juga Ketua Portfolio Komunikasi dan Digital Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
  • Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini selar tindakan  SKMM yang mengarahkan portal berita MalaysiaNow untuk menurunkan kandungan berita bertajuk ‘Blok PN keluar, Tambun peliwat bergema di Dewan Rakyat selepas PM serang Radzi” yang disiarkan portal media itu, semalam.
  • “SKMM jangan jadi budak suruhan Anwar Ibrahim untuk menyekat kebebasan media. Jika ini berterusan, kebebasan media di Malaysia menuju ke arah kegelapan,” tegasnya.
  • Wan Saiful turut mengesahkan laporan MalaysiaNow sebagai laporan yang tepat serta  mencerminkan suasana sebenar berikutan dirinya turut  berada dalam Dewan Rakyat sewaktu situasi itu berlaku.

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang juga Ketua Portfolio Komunikasi dan Digital Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini menyelar tindakan  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengarahkan portal berita MalaysiaNow untuk menurunkan kandungan berita bertajuk ‘Blok PN keluar, Tambun peliwat bergema di Dewan Rakyat selepas PM serang Radzi” yang disiarkan portal media itu, semalam.

Menulis di akaun Facebooknya beliau berkata, SKMM tidak wajar menjadi budak suruhan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyekat kebebasan media.

“SKMM jangan jadi budak suruhan Anwar Ibrahim untuk menyekat kebebasan media. Jika ini berterusan, kebebasan media di Malaysia menuju ke arah kegelapan,” tegasnya.

Tambah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU itu, tahap kebolehpercayaan rakyat kepada SKMM juga dilihat  semakin merudum.

Aduannya yang bertarikh 12 Julai 2023 sehingga hari ini juga tiada maklumbalas.

“Tetapi kalau menyentuh Anwar Ibrahim, kelajuan kerja SKMM tiada tandingan,” kata Wan Saiful.

Beliau turut mempersoalkan  bagaimana rakyat mahu percaya jika sikap berat sebelah terlalu jelas?

“Saya lihat budaya ugut-mengugut terhadap portal-portal berita semakin menjadi-jadi di bawah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil. Bukan setakat ugut, tapi hingga ada kacau ganggu dalam editorial,”jelas beliau.

Wan Saiful turut mengesahkan laporan MalaysiaNow sebagai laporan yang tepat serta  mencerminkan suasana sebenar berikutan dirinya turut  berada dalam Dewan Rakyat sewaktu situasi itu berlaku.

“Ugutan SKMM seolah-olah mahu memaksa media menyiarkan laporan palsu pula.Saya tidak terkejut dengan langkah drakonian kerajaan Anwar Ibrahim ini. Sudah menjadi amalan di banyak negara diktator, apabila seseorang diktator itu gagal mentadbir dan gagal menjaga kebajikan rakyat, dia akan menyalahgunakan kuasa untuk menutup mulut para pengkritiknya. Anwar Ibrahim hanya menggunakan skrip yang sama,” tulis beliau.

 SKMM semalam menuntut MalaysiaNow meminda atau menurunkan laporannya mengenai kekecohan di Dewan Rakyat dengan memberi tempoh dua jam untuk berbuat demikian atau berdepan “tindakan penguatkuasaan lanjut”. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Wan Saiful Wan Jan 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *