Connect with us

Antarabangsa

Penjualan iPhone 12 diharamkan di Perancis

Perancis hari ini mengarahkan Apple menarik balik penjualan iPhone 12 selepas ujian mendapati model itu menghasilkan tahap sinaran elektromagnetik melebihi had, lapor Agensi Anadolu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penjualan iPhone 12 diharamkan di Perancis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Perancis hari ini mengarahkan Apple menarik balik penjualan iPhone 12 selepas ujian mendapati model itu menghasilkan tahap sinaran elektromagnetik melebihi had, lapor Agensi Anadolu.
  • “Pemasaran iPhone 12 telah dihentikan di Perancis sehingga Apple menawarkan kemas kini untuk semua peranti yang terjejas,” kata Menteri Peralihan Digital dan Telekomunikasi Jean-Noel Barrot di X (dahulunya Twitter).
  • Barrot meminta Agensi Frekuensi Kebangsaan (ANFR), iaitu badan pemerhati radiasi Perancis ‘menguatkuasakan peraturan itu demi memastikan larangan ini dihormati’.
  • ANFR memaklumkan dalam satu kenyataan baru-baru ini ia menyemak Kadar Penyerapan Khusus (SAR) 141 telefon, termasuk iPhone 12.
  • ANFR berkata pegawainya akan mula memastikan telefon bimbit model iPhone 12 tidak lagi dijual di Perancis mulai esok.

GENEVA: Perancis hari ini mengarahkan Apple menarik balik penjualan iPhone 12 selepas ujian mendapati model itu menghasilkan tahap sinaran elektromagnetik melebihi had, lapor Agensi Anadolu.

“Pemasaran iPhone 12 telah dihentikan di Perancis sehingga Apple menawarkan kemas kini untuk semua peranti yang terjejas,” kata Menteri Peralihan Digital dan Telekomunikasi Jean-Noel Barrot di X (dahulunya Twitter).

Barrot meminta Agensi Frekuensi Kebangsaan (ANFR), iaitu badan pemerhati radiasi Perancis untuk ‘menguatkuasakan peraturan itu demi memastikan larangan ini dihormati’.

Terdahulu, ANFR memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa baru-baru ini ia menyemak Kadar Penyerapan Khusus (SAR) 141 telefon, termasuk iPhone 12.

SAR mengukur tenaga yang dikeluarkan oleh gelombang elektromagnetik dan diserap oleh tubuh manusia.

“Berdasarkan kegagalan ini, Apple akan dikehendaki menarik balik mana-mana unit yang telah dijual,” menurut ANFR.

Di Eropah, apabila telefon dipegang di tangan atau dalam poket seluar, ia mesti mempunyai tahap sinaran 4 watt sekilogram (W/kg), manakala ANFR mendedahkan bahawa jumlah sinaran dikeluarkan iPhone12 sekitar 5.74 W/kg.

ANFR berkata pegawainya akan mula memastikan telefon bimbit model iPhone 12 tidak lagi dijual di Perancis mulai esok.

Apple, apabila dihubungi AFP, mempertikaikan penemuan ANFR dan menyatakan sudah mengemukakan beberapa ujian bebas menunjukkan ciri telefon berkenaan mematuhi semua syarat, namun masih sedia bekerjasama dengan agensi kawal selia itu.

Pengawal selia di kebanyakan negara turut mengehadkan kadar radiasi elektromagnetik pada telefon bimbit bagi mengelakkan masalah kesihatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di laman sesawangnya, berkata sebahagian besar kajian mendapati ‘tiada masalah kesihatan dikesan’ kerana penggunaan telefom bimbit.

Berita pengharaman iPhone 12 di Perancis diumumkan pada hari yang sama Apple melancarkan siri baharu iPhone 15, buat pertama kali menampilkan pengecas universal, bagi mematuhi peraturan di Eropah. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *